klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Wednesday, February 9, 2011

Lamb Chop

 Ni sebenarnya entri dua minggu lepas tapi tak sempat dimasukkan dalam blog. Hirisan kambing dah beli seminggu sebelum dimasak. Ni first time masak kambing kat rumah sebab suami tak makan kambing. Kalau kt Malaysia, tok sah kata kambing, kalau termakan kuah  masakan kambing ajer, sure dia pening. Semua family suami sama ajer, tak boleh makan kambing tapi bg aku and anak2 especially yang sulung tu mmg suka makan kambing lebih2 lagi kalau ada function yang buat bbq. sedapnya.... So, harini aku nak share resepi lamb chop.


cendawan yang aku gunakan


Mula2 aku perap kambing aku tu hanya dengan garam dan lada hitam. Then, aku grill ajer atas frying pan.

untuk kuah/gravynya aku buat black papper mushroom sauce.

Bhn2 sauce:
2 sudu besar Butter
2 sudu besar tepung gandum
2 ulas bawang putih - cincang
1 biji bawang besar -cincang
sedikit halia - cincang
Lada hitam serbuk
garam
cendawan butang (tin atau yg fresh) - slice
1/2 cawan susu segar
Air (ikut kepekatan kuah)

Cara2:
1. Masukkan butter dalam pan. Bila dah cair, tumiskan bhn2 yg dicincang. Bila dah berbau wangi, masukkan tepung dan kacau rata.
2. Masukkan susu dan air. Kacau selalu.
3. Masukkan cendawan.
4. Perasakan dengan garam dan lada hitam.

Side dishesnya pulak, aku buat mashed potato.
Senang ajer nak buat mashed potato.  Rebus kentang yang dh dikopek kulitnya. then, bila dah empuk, lenyek2 sampai halus. Campurkan dlm 1-2 sudu besar butter dan 1/2 cawan susu segar. Perasakan dengan garam dan lada.

Untuk sauce mashed potato tu, aku gunakan sauce yang sama utk lamb chop..

Percaya tak... jeng jeng jeng... Suami tersayang aku tu tak pening pulak makan kambing kat France ni.... Tu lah aku cakap kat dia, kambing kat malaysia tak mandi kot, tu yang buat dia pening. hehehehheeh.

3 comments:

Nieza said...

assalam kak..memang sedap ni...my fav lamb ni..:)

Raja Nur Izzati said...

zati kene try nih!!

harleena said...

Nieza: kambing kat sini sedap pulak tu. heheheh

Zati: Nanti dah masuk rumah, akak buat untuk Zati pulak.. Kita makan sama2..