terima kasih sudi follow

Tuesday, February 15, 2011

Aku Punya Pasallah..

Apasal aku tulis blog... Tujuan mula2 aku buat blog dulu, sbb nak promotekan barang2 yang aku jual... Tu dululah... Tapi blog yang aktif aku masukkan entri adalah blog sekarang ni... Tujuan memulanya adalah untuk berkongsi segala resepi yang aku selalu masak dan juga resepi2 yang ada di alam maya ni dengan anak2 aku supaya bila dia orang nak masak nanti, ada tempat rujukan... Yelah, anak2 aku ni bukan rajin masak sangat. Kalau aku tak de nanti, mana dia orang nak cekau resepi yang aku selalu masak untuk dia orang tu. Itu dulu laa tapi makin lama, aku mula menulis apa sahaja yang terlintas di kepala otak aku ni. Meluahkan apa yang aku fikirkan..

Baru2 ni, aku terasa seperti disindir pulak bila seorang kawan menanyakan apa yg sedang aku buat pagi tu. Aku jawab, aku tengah update blog. Boleh dia kata.. " Tak pe, nanti dapat gajilah tu".. Apa hal pulak dapat gaji. Aku bukan suruh orang bayar untuk aku tulis dalam blog aku ni. Aku pun tak bayar orang untuk jengok blog aku ni. Aku tau laaa aku masih baru belajar menulis, tak ada menarik sangat pun blog aku ni... Apahal pulak kau nak sindir2 aku...

AKU PUNYA PASALLAH AKU NAK MENULIS BLOG PUN. BUKAN NYUSAHKAN KO PUN...

7 comments:

Anonymous said...

ntah..nak sndir2 plak..ntah pape je..mcm die bgos sgt..hehehe..

Yani said...

rileks.. rileks.. gi guling2 kat luar jap bagi sejuk.. jgn lama sgt nanti beku pulak.. ehehe. pehtu sambung ler berblog lg.. jgn dok hiraukan apa org nak kata.. buatlah apa yg boleh mengGUMBIRAkan hati kita..

anymz said...

pedulikan cakap2 org.mula2 dulu akak mcm tu jugak..lama2 diam lah diorang tu.

MOH KEMBARA said...

Salam Harleena, ada 'kawan' cam tu?

harleena said...

Yani: Nak guling2 kat luar? kat dalam ni pun dah rasa mengigil2. Tu la kan, lantak dialah nak kata apapun..

Kak Anymz: sekarang ni pun, saya dah tak kisah, janji saya tak nyusahkan hidup orang...

Moh Kembara: Kak, ada jugak orang cam tu. Biasalah, dlm dunia ni macam2 peel orang...

nanne_manja said...

rileks kak..jangan kesahkan sangat..org tu jeles kot sebab dia tak der blog..

kak..pi lar jejalan kat sana..ambik gambar yg menarik..upload kat sini..saya suka tgk gmbr negara org walaupun diri sendiri tak penah sampai ke sana...

shida said...

hahhahhaha...bagus2...lntak kn dia kak ina...sibuk jer....janji kita tk kacau hidup dia sudah...hehhehee sokong kak ina....