klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Friday, February 4, 2011

Bitterballen Nasi

Ni menu untuk anak2 bawak gi sekolah pagi tadi memandangkan ada nasi lebihan semalam. Kalau nak goreng, rasanya tak cukup untuk 5 orang makan. so, sampingan dari sanwich/burger yang aku prepare pagi tadi, aku buat jugak bitterballen nasi ni. Resepi ni aku dapat dari blog Diana yg mana resepi asalnya dari majalah Sedap. Kalau diikutkan dalam wikipedia, bitterballen ni merupakan sejenis makanan dari Belanda berbentuk kecil bulat-bulat. Biasanya dibuat dari daging atau udang dan disalut dengan breadcrumb dan digoreng dalam minyak panas. Tapi dalam resepi ni, digunakan nasi menggantikan daging.


Ni resepinya, maaf Puan Diana. Aku copy n paste ajer. Malas nak taip.

BITTERBALLEN NASI
Sumber : Majalah Sedap

BAHAN-BAHAN:
2 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu makan tepung gandum
150 ml air
1 ketul kiub ayam (boleh kurangkan kpd ½ kiub jika tak nak rasa masin)
3/4 sudu teh garam
¼ sudu teh serbuk lada sulah
300 gm nasi putih
25 gm lobak merah - dipotong dadu dan direbus
25 gm sayur buncis (5 batang) - direbus dan dihiris halus
30 gm keju parut
2 sudu makan marjerin untuk menumis
Minyak untuk menggoreng

BAHAN SALUT:
1 biji telur
75 gm tepung goreng serbaguna

CARA-CARA:
1. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan tepung gandum. Kacau sehingga berketul²..
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga licin..
3. Masukkan kiub ayam dan lada sulah.. Kacau lagi..
4. Masukkan nasi, lobak merah, buncis dan keju.. Kacau sehingga bergumpal..
5. Bantukkan bulat dan celupkan di dalam telur dan gulingkan di atas tepung goreng.. Lakukan sekali lagi..
6. Goreng sehingga kuning keemasan..

TIPS :
Seelok²nya kepal nasi tu time dia panas²..

Tapi aku banyak derhaka ngan resepi ni sbb aku masak ikut apa yang ada kat dapur. So, aku tak bubuh any sayur2 sbb tak ada. Tepung goreng pun aku tak ada, so aku buat campuran tepung jagung ngan tepung gandum then, aku perasakan dengan lada hitam dan garam. Macam buat tepung goreng pisang. Aku tak bubuh telur, kehabisan.

8 comments:

Pn. Liza Mahmood said...

Biar derhaka asal x membazir kan? Teringat kat arwah Abah - style dia nasi sejuk yg x habis mkn tu di gaul sekali dgn tepung, bwg besar cincang, ikan bilis/udang kering - rupanya sama la mcm cucur tepung/cekodok. Sedap wooo...

harleena said...

kiranya cekodok nasilah ye Liza... Bagus gak idea tu. Boleh try nanti.

CikGu NOr said...

salam kenal...sedap nampak tu...saya pun x pernah buat camtu...good idea utk nak clearkn nasi yg x abiskan!!

Ida Ddapur said...

slm kenal dr ida..merantau juga ye kak.thanks sudi ke blog ida ..ida follow k

harleena said...

cikgu Nor: anak2 saya suka makan bitterballen nasi ni. Cubalah buat.

Ida Ddapur: Thanks sudi singgah sini.Ida still kat perantauan ke?

Nor Moscow said...

rajinnya akak masak..

Ros said...

Salam...teringat kat cekodok nasi arwah abah...
ina...kami kat malaysia kini berjimat2 pakai minyak, nak buat cekodok tunggu stok minyak kembali pulih...susah nak dapat miyak masak sekarang...menu harian panggang2-rebus2. ina tau minyak kereta dah naik lagi 10sen selitre.

harleena said...

Nor Moscow: rajin masak sbb anak2 rajin makan...

Ros: Minyak naik lagi ke? Kat sini minyak bunga matahari still murah gk. Sebotol 1 liter baru 1.99 euro. Orang sini tak kuat pakai minyak, Ina ajer yang kuat main goreng2 ni. Kejap ajer minyak masak dh abis.