klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Friday, February 4, 2011

Keseorangan Akhirnya

Alhamdulillah, settle sudah bab anak2 gi sekolah dan suami gi keje. Tiap2 pagi, mesti riuh rendah dgn suara anak2. Mesti ada yang nak bertekak pagi2 buta ni. Aku pepagi ni dahlah sibuk manjang nak siapkan sarapan ngan bekal bawak gi sekolah and bawak gi keje. Anak2 break pukul 10, so aku bekalkan apa2 yang termampu dgn apa yang ada kat dapur  nun. Then, pukul 1.00 lunch, aku suruh dia orang makan kat kantin tapi kekadang sedap kekadang tak sedap. Itu yang anak2 bagitau. Untuk suami, mmg aku kena bekalkan sebab dia tak keluar lunch. Kekadang aku bekalkan nasi goreng,  maggie goreng or bihun goreng tapi hari ni, aku bekalkan burger ajer. Takut tak cukup, aku bubuh sekali 2 ketul croissant dalam tupperware tu. Harap2, dapatlah tampung perut sampai  balik petang karang.

sandwich buat bekalan anak2 dan suami


daging burger yg aku guna
 Bila semua dah ke  destinasi masing2, Barulah sunyi sepi apartment ni. Tinggallah aku sorang2 so aku ambil kesempatan update blog jap.

Semalam suami aku cuti so tengahari tu, kita orang ke Mondonville ambik kunci rumah and ambik gak stok makanan sikit2. Cuaca taklah sejuk sangat, dalam 6C tapi aku punya la kesejukan. Ni gambar2 aku ambil dalam perjalanan ke rumah aku. Rumah aku ni area country side sikit. Punyalah jauh ke dalam. Nasib baik ada gak Carrefour Market dalam 1.5 km dr rumah....


Ni dah masuk ke kawasan perumahan aku

rumah aku dari jalan belakang.

Perasan tak ada pintu pagar nak masuk ke kawasan rumah aku. Aku pelik gak sebab hanya ada pintu pagar aje tanpa pagar. Yang memisahkan rumah aku ngan jalan hanyalah longkang. Jadi, kalau kita orang lalu ikut belakang ni, just langkah sebelah pintu pagar tu ajer utk kesebelah sana sebab pintu pagar tu mmg sentiasa berkunci. Kalau sebelah depan pulak, mmg ada pintu pagar besar, elektrik lagi so kami masing2 diberi sorang satu remote utk pagar tu. Aku tak sempat pulak nak  snap gambar dari area depan tadi.

So, dengan rasminya kami semua dah dapat kunci rumah tapi still entah bila nak masuk rumah sebab perabut tak diisi lagi. Takkan nak tidur atas lantai kot. Dah tu, elektrik pun tak disambung lagi. Takkan nak duduk dlm gelap kot. Masalahnya, tingkap2 kat rumah tu pakai blind yg guna elektrik. So, bila tak de elektrik, mmg gelap giler dalam rumah sebab tak boleh bukak blind dan tak boleh bukak tingkap.
nasib baik ada carrefour market berdekatan
Lepas ambik kunci dan stok sikit kat rumah, kami bergerak ke Portet. Cora bagitau aku, carrefour kat situ yang terbesar di Europe. Aku terlupa pulak nak ambik gambar tapi mmg besar. Sayangnya aku tak sempat jalan2 dalam tu sebab masa anak balik dah dekat sangat. So, terpaksa beredar ke Colomier, ambik anak balik sekolah.

3 comments:

Nieza said...

assalam kak, pekhabar?dah settle ke pindah umah tu?...penatkan kalau pindah randah ni.husband akak keja apa kat sana?

shida said...

nnti dh pndh bgtau ek.....

harleena said...

Nieza: Blm pindah lagi. Harap2 dlm seminggu dua ni pindah la kot.

Shida: InsyaAllah, nanti dah pindah akak ina inform. Siap tangkap gambar banyak2 kat rumah baru tu.