klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Wednesday, February 16, 2011

Roti Poket

Selesai sudah riuh rendah pagi tadi bila anak2 sibuk bersiap nak gi sekolah... Dalam sibuk bersiap tu, mesti ada yang terjerit2. Ada jer orang ni komen orang tu, orang tu komen orang ni... huhhhh, kekadang ni pening gak pagi2 time anak2 nak gi sekolah..

Pagi ni buat bekal Roti Poket untuk anak2... Itu ajer yang terfikir bila ada roti dan telur tapi intinya bukanlah ayam or daging. Just scramble egg ajer. Resepi diintai dari dapur Mamafami , dapur Mas pun ada gak...




Bahan2:
Roti
Telur (kocak dan campur garam serta lada)
Breadcrumbs (aku guna nestum sbb tak de breadcrumbs)
salad
Mayonis
butter
cili sos

Cara2:
1. Mula2, Lapiskan roti dan gelekkan nipis.  Aku gelek guna botol cili sos ajer.
2. Celupkan roti dalam telur then, celupkan pulak dalam nestum.
3.Goreng hingga kuning keemasan. Toskan. Buatlah sebanyak mana korang nak.
4. Balance telur tu, goreng buat scramble egg.
5. Potong dua roti tu, isikan salad, mayonis dan cili sos, then masukkan scramble egg ka dalam poket tu...
6. Bolehlah dimakan.....


9 comments:

MOH KEMBARA said...

Salam Harleena, ha ha roti poket, senang nak ingat dan bebudak pun suka. Pe habaq?

Nor Moscow said...

a'ah..roti piket..pasni boleh tiru..cam sedap jer...

Nor Moscow said...

roti piket pulak..poket...

Mas said...

suka roti poket..
sedapppnya...
good idea letak scramble egg tu...mesti sedapp kan..he..he...
tengok roti poket akak buat mas lapar jer...

harleena said...

moh kembara: Khabar baik kak? camana cuaca kat tempat akak?

Nor: Ingatkan nak berpiket ke. heheh. Sedap gak roti poket ni... senang pun nak buat.

Mas: Paling simple buat scramble ajer dari lebihan telur yang kena celup tadi... Jemput makan...

Mak Peah Bini Sood said...

Assalammualaikum Harleena

Mak pun nak coba lah roti nih..Mak dah kehabisan idea nak buat bekpes untuk anak2 yang oii...best best...Mak ambil ya respi ini yang...terimakaseh!

harleena said...

Mak Peah: silalah... sbb kehabisan idea gak le saya ambik resepi ni. Tapi memang tak mengecewakan..

~Norul Mas Hana ~ said...

Assalamualaikum kak harleena,
bestnyer nampak roti ni...nak kena try nih.. =)

shida said...

kak ina pakai roti aper ni?..roti gardiner biasa tu boleh ker?