klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Thursday, February 17, 2011

Wanita itu berlari2....

Wanita manalah yang berlari2 pulak tu cik Harleena ooiii. Wanita mana lagi, akulah tu yang berlari2.. Sebelum sambung citer, aku nak bagitau akhirnya aku tiba ke apartment dengan selamatnya... Sampai ajer apartment, menggigil2. Menggigil lagi....... Apahal pulak? mana taknya, dah pukul 4.30. Aku belum lunch lagi. Pagi tadi dahla makan roti 2 keping ajer... Lapar giler dah ni.  Sambil menaip entri, sambil makan... Ok laaa tu.

Ok, sambung citer wanita berlari2 tu. Bila sampai kat bus stop tadi, aku sibuk mengupdate blog dengan iphone aku laaa. (chewah, saja nak bagitau aku dh boleh update ikut iphone)...

Depan aku mmg aar ada bas tapi aku tak nampak no. bas tu 64. Aku rasa macam nombor lain ajer. Aku pun ralit ngan iphone, bila bas jalan baru aku perasan kat belakang bas tu tertera no. 64..  Huaaa, aku terlepas bas.. Bas seterusnya 10 minit lagi, dalam pukul 1.52. Nasib baik dapat tempat duduk. Aku sampai ke destinasi terakhir basa dalam pukul 2.35. Alamak, appointment dengan doktor kat sekolah anak aku tu pukul 2.30. Apa lagi, dengan selambanya aku berlari ke sekolah. Naik semput aku, mana taknya, jauh oooo sekolah tu dari bus stop. Adalah dalam 800-900 meter. Tekak aku sekering2nya, aduii... tolong. Letih berlari Tuhan ajer yang tau. Sampai2 sekolah, anak aku dh tunggu kat pintu. Aku sampai pun dah dekat pukul 2.43 rasanya.  Perghhh. Akhirnya sampai gak.....

Aku rasa kalau sekolah kat Malaysia buat check up cam ni, mesti nurse yg check dan ramai2 sekali. Ni, sekolah buat appointment dulu ngan parent. On time pulak doktor tu. Bukan nurse yang check tapi doktor. Young lady doktor, lawa la gak... Nampak gaya, anak aku kena gi klinik untuk suntikan. Aku pun tak sure, karang nak check buku suntikan dia. Yang aku tahu kalau kat Malaysia, kalau dah suntik kat sekolah dulu, next suntikan kena ambik dalam tempoh 10 tahun tapi doktor tu kata kalau kat France, kena ambik every 5 years sampai umur dia 18, then baru every 10 years. Gitulah lebih kurang... Ok laaa. Ralit menaip pulak. Aku nak makan dulu....

Gambar dr internet ye, bkn  doktor tadi. Masa checking tadi, adalah doktor ketuk2 lutut ngan sikut. Then doktor suruh berdiri tegak utk check kaki, check tapak kaki. Suruh dia tunduk untuk check tulang belakang dia. Macam2 gak laaa...

7 comments:

Raja Nur Izzati said...

wah akak.. hehe, (sambil membayangkan akak berlari bekejaran 100 meter)

hiyeak.. ini diaa wanita besi kita...

hihi

=.=

Nieza said...

Assalam kak...cucuk apa tu kak?...best ler cuaca kat sana tak sejuk sgt kat sini kalau mlm sampai -26 degree C...btw nanti akak singgah ambil award yer..:)

Yani said...

cucuk ni tak sama ikut tempat.. lain negara lain pula caranya.. maybe sebab lain penyakit kat tempat tu kan.. macam ubat cacing jugakan.. kalo kat msia budak2 kena bg minum ubat cacing. Kat negara sejuk sure takdekan.. mcm kat jepun juga.. Pernah baca blog org jepun yg tinggal di Msia, anak dia kena minum ubat cacing- sesuatu yg baru bagi dia.. :-). Kalau kita takde apa yg peliknya dgn ubat cacing tu..ehehe

raja nurul syakirah said...

Zati: tak pernah dibuat dek akak sebelum ni berlari2 100 meter, kat bumi asing pulak tu...

Nieza: Award? Award apa la pulak tu... Tak pernah la dpt apa2 award baik di bumi nyata maupn di alam maya.. Jap gi akak pi jenguk...
Kalau tak salah kena cucuk DTP (diphtheria, Tetanus, Polio) Dulu sekali ajer cucuk masa dia lahir. Kalau ikut buku rekod imunisasi malaysia, tetanus toxoid kena cucuk every 10 years tapi doktor tu kata kat France kena cucuk every 5 years. Bila dah umur 18 tahun, baru every 5 year. MMR pn dia kena cucuk gak. Entah berapa la pulak kena utk cucuk tu..

Yani:Tu laaa, lain tempat lain imunisasi dia...

harleena said...

alamak, baru perasan balas komen guna anak punya login... hhehehehe, sorry syakirah. Tak perasan tadi. Tu laa. Sapa suruh tak logout lepas guna..

Ujang9897 said...

wah berlari2..=)

rajin tu update guna ipone jer..hehe

Nor Moscow said...

betul kak..lain negara lain caranya..yang anak saya yg kecik ni pulak belum cukup imunisasinya coz kat sini takde ubat untuk disuntik..kalau nak gak..kita kena pergi beli sendiri kat negara lain..ish! sampai camtu sekali...