terima kasih sudi follow

Wednesday, February 9, 2011

Akhirnya Jalan Kaki lagi

Bermula hari Isnin lepas, hanya tinggal satu kereta sahaja ada untuk menghantar dan mengambil anak2 bersekolah. Tu pun nasib baik kereta tu dibeli oleh salah sorang staff abang. Kereta yang disewa hari tu dah cukup sebulan. Mahal gak sewa sebulan. Dalam 1800 euro... Entah bilalah agaknya kereta untuk kegunaan pejabat boleh dapat..

Kesian anak2 yang kena naik bas. Kereta yang ada hanya boleh memuatkan 7 penumpang jadi, 6 anak2 dapat naik kereta pagi2 dan 4 lagi terpaksala naik Metro dan bas. Bukan apa, dari perhentian terakhir ke sekolah tu boleh tahan gak jauhnya. Dalam 800-900 meter dan dengan cuaca pagi2 dalam -2 ke -3 dan kadang2 sampai -5C, memang sejuk sangat. Aku dah beberapa kali merasa kesejukan berjalan kaki ke sekolah. Beku rasanya kaki dan tangan.....

Kekadang, perasaan seorang ibu tu tak dapat dibendung kerisauan akan kesusahan anak2 padahal anak2 diam tak berkata apa2....

3 comments:

Nor said...

yalah kak! bila suhu dah minus tu..kita ni sebagai ibu tentu bimbang jika anak jatuh sakit kan?

Yani said...

masa kat msia, bila tgk tempat org yg sejuk rasa macam best je kan.. tp bila dah alami sendiri rasa mcm mn sejuknya, barulah fikir hidup kat tempat kita lg seronok.. nak keluar mn2 xyah nak sibuk pakai baju tebal2.. gitulah yg sy alami dedulu..
tp bila ada pengalaman hidup kat tempat org ni best jugakan..

harleena said...

Nor: mmg bimbang anak2 sakit dan bimbang sbb gi sendiri. Jauh pulak tu sedangkan kat Malaysia, akak lah yang drivernya. Anak2 tu siap antar sampai dpn sekolah, blk pun ambik depan sekolah gak..

Yani: Mmg betul.. Pengalaman kat tmpt orang mmg suatu yg tk dapat dilupakan tapi bak kata perpatah: "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri".