terima kasih sudi follow

Sunday, February 6, 2011

Apartmentku

Duduk tak duduk, dah 45 hari aku di bumi Toulouse yang masih lagi asing buatku. Sejak aku disini, aku tak pernah tunjukkan tempat tinggalku so, hari ni nak share tempat aku menginap selama di Toulouse ni. Aku tinggal di service apartment yang tak punya bilik. Yang bestnya tinggal kat sini, tiap2 minggu hari khamis, ada orang datang kemaskan bilik apartment ku ini. Tukarkan tuala, tukar cadar, vakum dan mop lantai. Pergh, mmg best. Korang jangan jealous tau... heheheheh Yang tak bestnya, tak ada penyapu or mop kat bilik ni. Yang ada hanya penyapu dan penyodok kecil. Kalau aku nak sapu, kenalah aku duduk cam jalan itik dalam bilik tu. Takkan nak tunggu seminggu baru nak menyapu kot... isk isk isk.... Okey laaa, kita layan gambar2 ni pulak...














18 comments:

Mas said...

salam kunjung balas dan follow kak....
cantik la apartment....
best la ada org kemaskan tiap2 minggu...
ringan sikit kerja rumah..he..he..

harleena said...

thanks Mas sudi follow dan singgah sini..

Unknown said...

assalam kak, cantiknya rumah kat sana...nampak moden la..nanti datanglah jln2 ka Finland ni kak..dh dekat kan.

anymz said...

waah..bestnya leena.memang teringin nak ke sana tapi tunggu 2 thn lagi...best betul kan..ada org dtg siap kemas2 rumah bagai..syoknyaaaaaa.

nur easy said...

modern style.. cantik rumah ;)

Nur said...

Cantik apartment Harleena. :)

harleena said...

Nieza: apartment ni ajer nampak modern kat dalam tapi kalau tengok rumah2 kat sini, mmg tak modern. Bentuk kotak2 ajer. Bangunan pun byk jenis yg lama2. Finland dh dekat ke? Nanti laaa nak simpan duit buat jalan2 kat Europe ni..

harleena said...

anymz: sementara kat service apartment ni, mmg aaar best ada org dtg kemas tapi bila pindah masuk rumah nanti, jenuh nak kemas sorang2..

harleena said...

nur easy n Yati: Tq. Nasib baik dalam apartment ni selesa gak walaupun tak de bilik...

SFarhana said...

salam..
canteknya apartment ni.
simple but nice..

btw, im following u :)

MOH KEMBARA said...

Salam Harleena, oh apartment moden. Senang dpt pembantu kat sana ya. Akak cari pembantu tak dpt2! Dahlah akak ni jenis rajin mengemas ha ha! Eh akak dah follow ke belum ni? Nanti check. Merci!

harleena said...

Tina: Sementara ajer kat apartment ni. Tq follow blog akak.

MohKembara: Bukan pembantulah akak. Saya kat service apartment. Rasanya kalau kt lain2 tempat pun, service apartment ada cleaning service sekali. Macam hotel gak tapi saya duduk sementara ajer kat sini. Tengah tunggu nak masuk rumah. Boring dh terperap kat sini.. Heheheh, tak reti la cakap french lagi. Tapi merci tu tahulah.

~ AppLe BLosSoM ~ said...

salam kak..
dok sementara je la ek kat situ..tak penah lagi dok umah takde bilik..hehehe..wah lepas nie berabuk la ckp french..jeles eh...:)

pak long said...

salam...
mal aiii..bestnyer umah....
moga terus ceria

Fiza Rahman said...

Salam kenal kak harleena.

Cantik apartment nih, siap ada org kemas lagi ^_^. Selamat menjalani hidup di perantauan.

lizahanum said...

assalammualaikum kak harleena....cantik dan bestnya kalo saya juga dpt tinggal kat situ.......
moga ceria dan happy selalu di perantauan

min said...

Salam kenal Leena...
bertuah badan dpt sampai ke negeri orang...rajin2 bersiaran la ya...boleh akak tumpang menikmati pemandangan2 indah yg xde kat negara kita ni..^__^

SnAfiah said...

waaa lawanye apartment :)
semoga selamat di sana :)