terima kasih sudi follow

Monday, January 31, 2011

Aku Menerima Tetamu

29 Jan 2011 hari sabtu, pagi ni aku buat jemput kentang+udang+bawang lagi. Then, dalam pukul 10 pagi, aku sibuk lagi nak masak untuk lunch pulak. Tengahari ni, aku nak buat Lamb Chop. Chewah, seumur hidup, ni la first time aku buat lamb chop. Resepi kat entri lain ye sebab hari ni aku nak citer ttg tetamu yang berkunjung ke apartment aku. Dalam pukul 10 lebih, aku dapat panggilan dari Zati. Katanya nak datang apartment aku setelah bershopping and window shopping dengan dua kawannya. Aku tak tanya pulak sapa teman2nya. Dipersilakan Zati, akhirnya berjumpa jugak kita setelah kenal melalui FB.

Sambil masak makan tengahari, aku masak jugak inti karipap utk dihidangkan pada tetamu yang bakal berkunjung. Sebenarnya hajat di hati nak buat samosa tapi bila aku bukak plastik popiah, dah tumbuh tompokan kulat. Aku pun heranlah padahal lambah lagi nak expirednya. Sama gak la dgn mee kuning yang aku beli kat Paris Store dulu. Ada lagi 5 hari nak expired tapi bila aku nak goreng, dah tamat riwayat rupanya. Dah ada tompokan kulat. So, dari menu samosa, aku pun terpaksalah uli tepung untuk buat karipap. Ala, lupalah pulak nak snap gambar karipap harini....

Zati n Azim. Sayang, Ali dh balik dulu. Lupa nak snap gambar tadi.
Zati , kalau nak tau resepi doh tu, senang ajer tapi masalahnya bila buat tu tak pakai resepi pun. Just masukkan tepung dalam mangkuk dalam 3 cwn kot. (in my case, kena la pakai periuk ajer). Tabur sikit garam then bubuh lah butter or margerin dalam 3/4 cawan. Ramas2 butter ngan tepung tu then masukkan air sikit2. uli sampai jadi doh yang lembut dan tak melekat. Simpan doh dalam 10 mins. Then, bulat2kan dan bolehlah digelek dan dimasukkan inti dan dikelim. Lepas tu, bolehlah digoreng.

Lepas sessi minum petang, aku, suami dan dua anak aku iaitu hanif dan Ika keluar ke town dgn Zati dan Azim. Zati tunjuk kat mana Monoprix dan beberapa kedai makan halal.
Zati, pinjam gambar dr blog Zati. Ampun, tk mintak izin dulu...
Last sebelum balik, singgah kedai burger halal. Aku dh lupa nama kedai tu....



Habis makan kat kedai tu, kitaorang pun balik. Sayang, hari ni hujan sepanjang ari. Kitaorang jalan dalam hujan. Dah lah sejuk, hujan pulak. Tangan dah rasa beku. Korang pernah rasa tak tangan celup dalam ketul ais, tak yah lama. Dalam 5 saat pun jadilah. Cam tu lah rasanya.

Ika pulak rasa kakinya dah kebas sebab air dh masuk dalam kasut. Apalagi, sampai ajer rumah dia mula menggaru. Jenuh aku sapu losyen kat kaki Ika dan suruh dia letak kaki kat atas heater.

Kesimpulan ari ni, seronok dpt jumpa Zati dan kawan2. Nanti lain kali bila dah akak dah pindah rumah sendiri, bolehlah Zati datang lagi dengan Ali dan Azim serta kawan2 lain....

4 comments:

Treat and Trick said...

Salam Harleena, sedap menu yg dimasak, kalau dekat boleh kak singgah.....

Ros said...

Salam...ina, pasti sihat sekeluarga. Kat Malaysia ni pun hujan hari2. tido malam tak payah pakai kipas apalagi aircon. Beberapa negeri pula kena landa banjir. Perbanyakkanlah gambar, tak dapat ke sana tengok gambar pun jadi.

harleena said...

Treat and Trick: Menu saya mana boleh lawan ngan menu akak. Macam2 ada.. Saya masih belajar2 lagi. Seronok masuk blog akak, macam2 resepi ada dan sedap2 pulak.

Ros: Thanks sudi berkunjung kat blog Ina ni. Kat sini pun kekadang hujan gak. InsyaAllah, kalau sempat bergambar, ina masukkan banyak2 gambar.

Raja Nur Izzati said...

hehehe.. akak.. best tau karipap akak tu..

nanti zati nak sibuk2 g rumah akak ag.. nnt zati ajak satu batch dtg..

ngee.. leh akak kenal2 dgn budak2 lain..

(dorg ngidam nak merasa makanan akak lagi!!!)