terima kasih sudi follow

Friday, January 21, 2011

tak de title

Hari ni dh jumaat, penghulu segala hari. Seperti biasa, pagi2 aku akan sibuk menyiapkan sarapan anak2 untuk ke sekolah. Bukan hanya utk makan di rumah shj tapi juga untuk dibawa bekal. Bekalan ni anak2 aku akan makan masa break pukul 10.00 am. Lunch dalam pukul 1.00 nanti, dia orang akan makan apa yg dihidangkan di kantin tapi bukan semua. Dia orang hanya akan makan menu vegetarian atau telur atau ikan ajer.

Jam 7.20, anak2 akan turun apartment untuk menaiki kereta ke sekolah. Selepas tu, aku pun mulalah berinternet sambil mendengar era. Jap tadi, baru ajer azan zohor kat KL. Aku pulak, baru ajer habis goreng jemput untuk sarapan pagi ni.

jemput kentang+udang+bawang besar

Senang ajer nak buat jemput ni. Kalau kat Malaysia, memang selalu buat jemput kentang. Suami suka kalau dibubuh bawang besar banyak2 tapi anak2 tak suka. So, selalunya aku goreng dulu tanpa bawang. Then, baru masukkan bawang dan goreng sekali lagi. Tapi pagi ni, sarapan hanya untuk aku dan suami so aku bubuh bawang banyak2.
Nak tau camana aku buat jemput, rasanya semua orang pun tahu buat jemput ni. main campak2 ajer bhn2.

Bhn2:
kentang - potong dadu
udang- potong dadu/kecik2
bawang besar-hiris nipis
garam
tepung gandum
sedikit tepung jagung
sedikit serbuk kunyit
minyak utk menggoreng

Cara:
1. Masukkan semua bhn dlm bekas.
2. Gaul sebati dengan air.
3. Goreng
4. Angkat dan makan dengan cili sos...


0 comments: