terima kasih sudi follow

Friday, January 14, 2011

entri semalam

Ni entri terlepas. Patutnya semalam dah nulis tapi tak berkesempatan. Pagi2 lagi lepas anak2 gi sekolah, cik abang pulak gi tengok office. Aku keluar ngan kak yah gi pasar. Belilah kentang, buah2 ngan sayur2. Lepas tu, singgah kedai halal nak beli minyak bunga matahari 1 liter (baru 1.99 euro) n beli telur satu tray dengan harga 3.50 euro. Punya la banyak  barang nak diangkut. Berat betul. Tak pernah2 aku angkut barang2 dapur seberat cam tu. Dah la jauh nak menapak balik.

Kat rumah, teringin benar nak makan something yang masam2. (oopppppppps, jangan salah sangka). So, fikir punya fikir punya fikir, aku pun masak tom yam. Masalahnya...... jeng jeng jeng. Seumur hidup aku, tak pernah lah pulak aku masak tomyam tanpa menggunakan kuib tom yam knorr. Selalunya kat malaysia, memang tu lah faveretnya. Memang aarrr tak ori tapi anak2 suka, suami pun suka. So, kira teramat sedap dah tu. Datang sini pulak, aku tak bawak la supply kiub tom yam. Kena lah buat cara lain. Tom yam putih lah jawabnya.

Blender dah lah tak de, lesung pun tak de. So, apa lagi. Mulalah aku mencincang bawang besar ngan halia ngan cili api yang merah2 tu. Then, tumis jap dengan serai yang dipotong2 dan dititik. Masukkan air then masukkan ayam. Didihkan sampai empuk ayam. Akhir sekali, masukkanlah segala sayur2 yang ada. Nasib baik masa gi Paris store aritu ada beli frozen daun limau purut. So, jadilah tom yam putih aku.
Beras arini yang last aku gunakan. Masa datang 21hb Disember dulu, aku bawak 2 pek beras 5 kg. Hari ni, tamatlah sudah beras dari Malaysia. Esok kenalah beli beras kat bumi Toulouse ni.

Tom yam putih

Ni antara buah2 yang aku borong kat pasar arini...
anggur harini 1.50 euro sekilogram.
 
 Disebabkan tekak rasa nak makan yang masam2 ajer, so aku pun belilah mangga 2 biji. Sebiji harganya 1.50 euro kalau beli dua biji, 2.50 euro. Aku pun beli dua biji.

3 comments:

shida said...

hai kak ina...lain mcm jer....mkn masam....seronok dgr...pepon thniah.....ehhehehee

harleena said...

makan masam tu tak de lain macamnya. Saja teringin ajer. Tak de maknanya kalau ada yang lain. heheheh.

shida said...

hhehhehehhee