terima kasih sudi follow

Tuesday, January 18, 2011

cerita makan

Hari ni aku nak citer pasal makan pulak. Bukan apa, saja nak postkan gambar2 makanan yang sempat aku masak sempena duduk kat apartment kecik ni. Dengan serba kekurangan lah katakan terpaksa jugak masak seadanya. Yang best pulak tu, walaupun masak seadanya, tapi penghuni apartment makan siap bertambah2 lagi. Sejuk2 ni memang lapar manjang. Kalau menu yang perlukan blender, terpaksalah aku cincang2 ajer. Macam arini, aku nak masak rendang ayam. Chewah..... macam real ajer nak buat rendang tapi bantai ajer laaaa. Mula2, aku cincang bawang besar, serai ngan halia. Nasib baik cili giling bawak dari Malaysia aritu ada tinggal sepeket lagi. So, lepas potong2 ayam bermulalah operasa masak memasak.
Menunya: rendang sempoi campak2. Mula2, aku masukkan ayam dalam periuk. Then, masukkan segala benda2 yang dah dicincang tadi. Masuk gak serai yang aku dh titik. Setelah itu, aku masukkan cili giling dan tuangkan santan dalam kotak yg aku beli kat kedai berdekatan. Brand Kara lagi, cam kat Malaysia.
Masaklah benda2 tu sampai ayam empok. Jgn lupa masukkan daun limau purut frozen dalam freezer tu.
Jeng jeng jeng, jadilah rendang aku yang tak seberapanya.... Boleh tahan gak laaaa.


Minggu2 sebelumnya punya menu:
 Ni ikan salmon yang aku beli aritu. Aku just tabur garam ngan lada then grill dalam microwawe. Side dishnya pulak, aku buat mashed potato, mixed vege aku goreng ajer ngan sos mayo. Cara buat mashed potato: senang ajer. Rebus ajer kentang, then lenyek2. Tambahlah butter ngan fresh milk. Jgn lupa bubuh garam ngan lada secukup rasa. Kuah mashed potato lak: alamak, ni main bantai ajer. Aku tumis bawang besar cincang ngan bawang putih tak guna minyak, guna butter. Then, aku masukkan tepung gandum dlm satu sudu besar untuk pekatkan gravy tu. Pas tu, masukkan air sikit. Bubuh garam dan lada hitam serta sikit perasa, aku guna kiub ayam yang aku beli kat kedai halal. Kicap tak de, so jadilah sos aku tu warnanya putih. hahahahah. Jadilah gak untuk dicurahkan atas mashed potato aku tu.
 Time ni, bakar ajer daging yg aku dah lumur ngan garam dan lada atas frying pan. Then aku hiris2 daging tu. Aku buat sikit sambal ikan bilis ngan sayur tu aku koyak2 then gaul ngan mayo. Entahlah apa punya nama meal aku ni tapi yang pasti, kenyang..

Kalaulah ada asam jawa, pergh tentu sedap makan daging cicah ngan air assam.

spaghetti cabonara

kuahnya

spaghetti
Time ni aku buat spaghetti atas sebab BERAS DAH ABIS. Tak sampai sebulan aku kat sini, dah 10 kg beras yang aku bawak dari Malaysia naik kapalterbang aritu dah abis. So, beras tak sempat beli lagi. Dalam almari ada spaghetti. Peti ais ada sausage ngan susu dan ada gak cheese sikit. Aku pun macam biasa, mai bantai ajer lah buat sos cabonara ni.
Cara2nya:
Macam biasa, rebus spaghetti dgn sedikit minyak and garam.
sausage aku hiris nipis2, bawang putih ngan bawang besar aku cincang2.
Dlm satu bekas lain, aku campurkan susu ngan tepung gandum ngan serbuk mushroom soup.
Mula2, aku panaskan butter dalam periuk. Then aku tumiskan sausage ngan bawang tadi. Bila agak garing, aku pun masukkan campuran susu tadi. Kacau punya kacau sampai mendidih. Ada cheese sikit dalam peti ais, aku masukkan sekali dalam sos tu. Lepas tu, perasakan ngan kiub ayam, garam ngan lada. Jadilah kuah carbonara aku.

Sebenarnya kalau kat Malaysia, aku dh gunakan sos carbonara dalam tin tu tapi kat sini aku cari punya cari punya cari tak jumpa pun. Correction, aku jumpa sos carbonara dalam botol tapi bila aku belek punya belek punya belek ingredient dia, terpandang aku satu perkataan yang tak sedap di baca. Ada bacon dalam sos tu. So, aku pun dgn berat hati terpaksalah letak balik sos tu.

Tapi, at least tanpa sos segera dalam tin tu, jadilah gak spaghetti carbonara aku. yang paling best bila budak2 balik sekolah tgh lapar, habis gak spaghetti 500 gm yang aku rebus tadi.

Alhamdulillah

5 comments:

SHIDA said...

SODAPNYA...WALAUPON RENCAH RENDANG TAK CUKUP...TP MMG NMPAK SEDAP.....

harleena said...

kat sini, walaupun serba kekurangan tapi semuanya sedap. Makan siap bertambah2 lagi.

shida said...

tak pr......tk cukup rencah janji sodap....hehehrr......rupanya hr tu shida tgk yg dgig tu....sedap pulok...mybecara kak ina letak tu menyelerakan kot....hehehheh

Raja Nur Izzati said...

fuhlamak kakkkk,,,
zati nak nakkkk....
teringinnyeee...

kak kene jemput zati dtg rumah kak..
hehe!!!

(muke xmalu)

harleena said...

Zati, mmg niat di hati nk jemput zati ke rumah. Tapi blm masuk rumah lagi. InsyaAllah nnti dah pindah rumah, akak jemput zati dtg makan2.