terima kasih sudi follow

Tuesday, January 4, 2011

4 jan 2010

Sekarang dah jam 10.29 malam, 4 Jan 2010 di France. (Di Malaysia dah 5hb Jan 2010 jam 5.29 pagi). Sebelum kesibukan lagi keesokkan harinya, baik aku update ajer aktiviti arini. Gambar2, (kalau ada) akan dimasukkan kemudian kalau ada kelapangan sebab esok, anak2 akan mula ke sekolah. So, arini mmg busy sbb mencari baju untuk Syakirah ke sekolah.

Sekolah tu memang tak ada baju khusus atau uniform khusus untuk sekolah tapi dia ada sediakan senarai baju yang perlu dipakai ke sekolah. Listnya:

-Updated soon-

 Pagi ni dalam pukul 10 pagi, aku dan syakirah keluar ke town toulouse dengan Maziana dan anak perempuannya serta Kak Yah dan2 anak perempuan dan seorang anak lelakinya untuk mencari baju serta kasut yang diperlukan.

Letih berjalan tapi masih tak mencukupi apa yang diperlukan. Aku juga sempat sambar satu kasut untuk diriku yang asyik pakai kasut Shuhada sebab kasutku kalau dikenakan dengan 2 pasang stokin, memang ketat gilerrrrr. Gambar kasut coming soon. tak sempat upload dalam komputer.

kasut yg aku beli dgn harga 8 euro.


Balik rumah, terus masak untuk lunch. Hari ni masak lemak cili api segera dalam paket dan isinya rebung yang suamiku beli di Paris Store masa ke Paris minggu lepas. Lauk lain, aku goreng sotong ngan tepung. Kelam kabut makan sebab jam 2.40, aku keluar pulak lagi untuk meneruskan pencarian  kasut dan baju sekolah syakirah. Kali ni keluar dengan Maziana, Wina, Ira dan Hanif. Kami menaiki tram dan train ke destinasinya. Pukul 5 petang di sini dah macam 8 malam. Terus balik ke rumah dan siap2kan apa2 yg patut untuk makam malam.

Malam ni, budak2 tidur awal sebab pagi2 esok nak ke sekolah.

2 comments:

eRiNsZ said...

salam... lor k.ina n fmly dah pndah toulouse ker? lama tull x online huhuu ktinggalan tull nana ni

harleena said...

kami sekarang dok toulouse la Nana. Akak pergi lepas Shuhada spm. InsyaAllah kat sini sampai 2013. Keep in touch.