Hari ni aku nak tulis entri awal2 sikit supaya tak berbabas lagi. Pagi2 ni, lepas anak2 gi sekolah ngan kereta yang disewa dan dipandu boss suami aku, kami berdua pun (husband n wife) keluar gi sekolah gak sebab nak jumpa principal anak yang primary school tu.
|
dalam lif nak turun ke bawah apartment utk gi sekolah |
Naik Metro ke Arenes, then naik bas 64 sampai ke Lycee International School. Then, jalan kaki dekat 700-800 mtrs ke Toulouse International School. Principal sakit pulak, so kena buat appointment lain. Kami bertiga pagi ni dengan kawan suami, Hailme. Naik balik balik ke Arenes dan naik Metro untuk balik rumah tapi kami tak turun di Jean Jaures tapi turun di Capitole. Hajat di hati nak cari kedai burger halal yang kononnya di bukak di Capitole. Di sebabkan tak jumpa kedai tu, kami makan ajer kat kedai kebab di Capitole. This year of time kat France ni tengah sale. Merata2 tertera perkataan SOLES. Macam murah2 lak barang2. Diskaun sampai 50 percent. Perghhh. Nasib baik tak de duit dalam kocek.
|
pemandangan dari dalam bas utk ke sekolah. Cuaca sejuk betul. Kabus tebal. |
Lepas makan, suami ngan kawannya ambik Metro untuk gi sembahyang jumaat kat Basso Cambo. Aku terus hala balik rumah tapi sebenarnya tak balik rumah. Melencong ke supermarket dan mula membeli barang kat situ sebab ada sales. heheheheheh, pantang betul tengah harga barang2 yang murah2 ni.
|
barang2 yg aku beli tadi. |
|
flan ni cam cream caramel. Murah betul. 6 bekas tu dalam 68 sen ajer. |
|
minyak ni sebotol 1.09 euro. kena beli gak sebab kalau tak sale, seboto dalam 1.99 euro. |
|
cornflake baru 1.79 euro
|
3 comments:
murahnyer.....
tu yang seronok kat sini, benda2 makan murah2 tapi kalau nak membeli, kena lah gak baca ingredient. Takut ada menda2 tak boleh makan kat dlm tu.
aa ye ker...itu mslhnya nye tkot tersalah beli lak...heheheheh....tp mmg murah la...
Post a Comment