klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Tuesday, January 22, 2013

Cerita tentang Crepes, resepi 1

Hari ni Ina nak buka cerita pasal crepe. Sebelum datang Toulouse dulu, tak pernah langsung dengar pasal crepe ni tapi bila dah duduk sini, merata-rata boleh tengok orang jual crepe. Amenda crepe ni? Ni pasal crepe yang dah digoogle di internet:


A Little Crepe History

A crêpe (pronounced /kreɪp/, French IPA: [kʀɛp]) is a type of very thin, cooked pancake usually made from wheat flour. The word, like the pancake itself, is of French origin, deriving from the Latin crispa, meaning "curled." While crêpes originate from Brittany, a region in the northwest of France, their consumption is nowadays widespread in France and is considered the national dish. Crêpes can be compared to the African injera, the tortilla, the Indian dosa and the Mexican sope. Crêpes often have a fruit filling of syrup, mixed berries, fresh fruit or lemon cream.
Jom tengok camana orang kat France ni buat crepe:

So, kesimpulannya kat sini, senang ajer adunan buat crepe ni. Tepung, telur, susu, butter ngan secubit garam. Kalau duduk di France ni, boleh ajer terus beli adunan crepe segera yang ada jual kat supermarket.

Tapi sekarang yang tengah famous kat Malaysia ialah crepe gak tapi crepe durian, (dah kurang sikit famous dibandingkan masa mula-mula dulu). Masa mula-mula musim crepe durian ni, aduhh, rasa tak boleh tahan dah. Hari-hari rakan-rakan fb dok tayang crepe durian. Tu yang buat Ina pun beria-ia nak beli durian gak sebab nak mengcrepe. Resepi, macam biasalah google di internet ajer. Macam-macam resepi boleh dapat. Ada yang menggunakan 3 jenis tepung, 4 jenis tepung hinggalah ke 7 jenis tepung. Mak ooiiiii, very advance crepe orang Malaysia. Orang France dengar pun, sure pening betapa banyak tepung nak kena sediakan.. Sebenarnya, dah tiga kali Ina buat crepe durian kat sini tapi dengan menggunakan durian frozen. Frozen pun frozenlah janji rasanya memang marbeles lebih-lebih lagi orang yang minat durian cam Ina ni.. hehehehe.

First time buat crepe, Ina guna resepi izah daut, yang mana asalnya adalah resepi dari Fiza Nordin. (Izah, link fiza nordin dalam blog tu tak boleh guna. Sorry, tak dapat linkkan resepi fiza kat sini). Resepi ni menggunakan 3 jenis tepung saja tapi bagi Ina, telur tu cam banyak ajer. (Bukan apa, kebetulan stok telur terhad). So, my first trial, Ina terus buat dua adunan sekaligus tapi dengan menggunakan 5 biji telur ajer. Resepi bawah ni untuk rujukan di masa hadapan yang dah di alter dari resepi asal. Resepi asal tak menggunakan santan tapi Ina guna santan untuk rasa lemak dan berkilat. Kalau nak tengok resepi asal, boleh klik kat link izah daut ni.

Crepe Durian Harleena
Bahan-Bahan:
6 sdt gula halus
6 sdt tepung ubi
1 sdt tepung jagung
2 sdt tepung jagung
5 biji telur - pukul sikit
100 ml air
50 ml santan
secubit garam
1 sdt butter - cairkan (boleh gak kalau nak ganti dengan minyak sayur)
2 sdt esen vanila.

Cara-cara:
1. Satukan gula halus, tepung ubi, tepung gandum dan tepung jagung dalam mangkuk.
2. Campurkan telur dengan air dan santan serta secubit garam. Tuang dalam bekas tepung.
3. Campurkan butter cair. gaul rata dan akhir sekali, masukkan esen vanill. Kacau sebati. Tapiskan adunan agar tiada tepung yang bergentel.
4. Rehatkan adunan sebentar.
5. Panaskan non stik pan. Tuang sesenduk adunan dan gelek supaya tepung menyeluruh dalam pan. Adunan tepung tu agak-agak, tak terlalu nipis dan tak terlalu tebal. Masak satu permukaan ajer. Bila tepi tak tak melekat, bolehlah angkat.
Gambar bawah ni merupakan percubaan pertama, bolehlah walaupun kurang gebu.


durian frozen beli di Paris Store

Lebih kurang 4 ulas dengan harga 4.70 euro. Nasib baik biji kecil.

cara untuk buat crepe, whip cream-durian-whip cream. then bungkus.

Filing 
Bahan-bahan:
isi durian
whip cream
1sb gula icing (ikut kemanisan)

Cara-cara:
1. Putar whip cream sebentar, masukkan gula icing dan terus putar hingga jadi kental.
(nak tau dah kental ke belum, terbalikkan mangkuk berisi whip cream tu. Kalau dah kental, whip cream tu tak menitis.)
2. Cara penyediaan crepe durian. 
Ambil sekeping crepe, bubuh whip cream. Then, bubuh isi durian atas whip cream. Lastly, tutup isi durian tu dengan whip cream. Lipatkan crepe tu.

Okey, have to stop my entri for a while. Nak menguruskan rumah pulak.. hehehehe. Nanti Ina akan sharekan satu lagi resepi crepe menggunakan 7 jenis tepung. Chow..









4 comments:

MamaFaMi said...

Salaam Ina...

Sib baiklah ma dah pernah buat dan makan crepe ni, kalau tak, sure leleh je air liur tengok crepe Ina. Tapi crepe mama guna telur sikit je.. hehe... tak apalah, janji dapat makan kan....

Wah bestlah kat sana tengah salji. I really missed my life abroad... huhuhu....

zarin said...

salam ina
waweee sampai 7 jenis tepung ye di guna! sy slalu buat crepes untuk breakfast je so nak cepat hanya follow resepi traditional french tu jek 1 jenis tepung tepung gandum saja hihi... as for durian crepes mmg famos kan rata2 org dok bercerita tp sbb tk mkn durian makanya hanya dengar cerita sajalah hihi..btw cepatla buat entry yg guna 7 jenis tepung tu tak sabar nak tengok ni

Mamasya said...

Aslmkum Ina
kat sana ada durian frozen... bestnya boleh buat durian crepe.kat Cairo tak da durian...itu yg buat versi strawberry...

Harleena Kassim said...

mamaFami, Ina pun pasti akan rindukan kehidupan kat sini once I'm back in Malaysia..

Zarin,jap ina update guna 7 jenis tepung... hehehe

Mamasya, alhamdulillah, ada gak durian kat sini sebab banyak gak kedai Asia..