klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Monday, January 21, 2013

salji oh salji


Sebaik terjaga dari tidur semalam, ahad 20 Jan 2013 Ina terus ngadap fb guna hp (seperti biasa bila terjaga dari tidur). Ternampak status jiran depan rumah, kak Alawiah masukkan gambar si putih salju. Apa lagi, terus Ina bukak tingkap bilik. Subhanallah, segala-galanya putih dan si putih terus turun dengan lebatnya. Terlalu excited, terus lari ke bilik anak to inform them. Sebenarnya, ni kali ke tiga rasanya si putih menjenguk Mondonville tapi kali ni, memang lebat dan jalan-jalan dipenuhi salji. sebelum ni, memang nipis sangat dan hanyut di bawa hujan yang datang kemudiannya.

Ina memang excited sangat menunggu salji turun di Mondonville ni begitu juga anak2 especially Syafiqah n Shuhada. Bukan apa, mungkin ni merupakan salji terakhir kami di France.. Sedih gak sebenarnya tapi kalau setakat ni ajer rezeki kami di France, Ina redha dengan pemergian kami pulang semula ke Malaysia.

Tapi sayangnya, si putih salju tak lama hadirnya sebab lepas ianya turun dengan lebat, diiringi pulak dengan hujan. Bila dah hujan, mulalah jalan jadi lecak. Jom layan gambar2 yang sempat diambil..
halaman di belakang rumah

meja taman dah diliputi salji


ni pandangan dari tingkap sisi


walaupun turunnya lebat tapi sekejap ajer dah cair. parking carrefour mula lecak..





2 comments:

Nooriah Abdullah said...

salam Ina, wah bestnye salji, mmg teruja tengok salji putih bersih tu, last two years dpt pegang salji entah bila lagi ke sana utk bermain dgn si putih tu heee

Harleena Kassim said...

Noor, Ina yang excited betul bila snow.. lebih2 lagi it's gonna be my last snow.. lepas ni, tak merasalah snow jatuh atas kepala dah...