klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Thursday, January 24, 2013

Jalan-jalan shopping-Menjenguk baby Aneesa


Ni nak update citer sabtu lepas, 19 Jan 2013. Tengahari ni, kami gi jalan2 ke Blagnac dengan tujuan nak cari kasut untuk anak-anak. Maklumlah, masa ni Toulouse tengah soldes (jualan murah musim sejuk). Kami pergi kedai kasut dan ada la kasut Rebook yang Hanif nak beli. Pilih punya pilih saiz, then masa nak ambik tu, carilah kotak yang ada saiz yang dipilih. Bukak 3-4 kotak tapi dalam semua kotak tu ada sebelah ajer kasut. Jenuh mencari orang keje nak tanya pasal kasut tu. Pelik gak, apasal ada sebelah ajer kasut. Takkan lah orang beli sebelah kot, imposibble betul. Kedai kasut kat sini bukan macam kedai kasut kat Malaysia. Ada ajer yang dok ikut nak tolong carikan kasut. Tapi kat sini, sendiri kena cari. Saiz semua ada kat situ. Kalau tak jumpa saiz yang korang nak, maknanya tak adalah saiz tu lagi. Jarang nampak ada salesman/woman yang jaga dalam kedai tu. Macam aritu tu laaa, ada sorang ajer minah france yang keje, tu pun dia keje jaga cashier. Jenuh dok cari orang keje akhirnya nampaklah sorang lagi minah perancis ni. Bila tanya kat dia, rupanya dia kata, bawak kasut tu gi cashier, then kat cashier tu baru dia ambikkan sebelah lagi. Pelik betul la pulak...

Lepas jalan-jalan kat Blagnac ni tapi tak dapat cari kasut yang berkenan di hati anak-anak dara Ina, so jalan pulak ke kedai kasut area Roques berdekatan dengan Ikea. Still tak ada kasut yang berkenan di hati. Lepas dari situ, kami menghala pulak ke factory outlet di Nailloux. Kat Nailloux tu, Ina yang nak pegi sebab nak beli preassure cooker..

kedai coklat Lidl di Nailloux factory outlet

coklat lagi. satu bar ni harga range dalam 2 euro lebih ke 3 euro lebih ajer.


Balik dari factory outlet, persinggahan terakhir hari ni, gi jenguk kawan di Toulouse ni yang baru melahirkan anak diberi nama Irdina Aneesa. Kita layan gambar..
baby  Irdina Aneesa


gambar kenangan bersama bonda Badariah





0 comments: