klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Friday, January 18, 2013

Macarons ke cookies?? Hancuussss

macaron cookies... hehehehe
Salam.. Ada dulu aku post kat fb tentang macaron.. Dah dua tahun kat sini baru lah aku try beli macaron kat carrefour. 4 euro lebih untuk 12 ketul macaron pelbagai perisa.. Sedap gak. Dah nak balik baru sibuk nak try.. Keinginan nak buat macaron dah lama ada dalam diri tapi masih tak berani or Malas?? Last week, ada aku call satu tempat utk belajar buat macaron. Nasib baik mamat Perancis yang jawab phone tu reti lah jugak cakap bahasa omputeh ni.. Aku pn tanyalah dia samada chef tu boleh cakap omputeh tak. Malangnya, dia kata tak boleh. Aku katalah aku nak join kelas buat macaron tu. Dia jawab, buat macaron ni complicated sikit. Nanti tak ada orang nak explain kat aku. Dia suruh aku belajar benda lain selain dari macaron tu. Aduuhhh. Kesian kat aku.

So, semalam aku try lah gak buat macaron. Resepi dari internet laa. alamak, link dah delete lah pulak. Bila aku buat meringue, aku tengok dah jadi sebab bila terbalikkan mangkuk tu, meringue tak bergerak. Wokey, bab meringue alhamdulillah. Serbuk almond pun aku dah campur ngan gula icing. Then, aku campur dalam meringue tu. Bila dah campur, aku tengok cam ada yang kena ajer but still, I proceed to the next step. Bubuh dalam piping beg. Baking paper tu siap aku dah lukis bulat2 besar 50 sen untuk buat penanda macaron tu. Masa piping tu, aku tahu dah macaron aku dah hancuuuussssss. Tapi aku paip gak sampai abis. Then, aku biar dalam oven dulu. Ingat nak buang ajer dah tapi bila mengingatkan telur dan bahan2 yang aku gunakan dan macam membazir pulak jadinya, so aku biar dulu dalam oven. Then, akhirnya aku bakar gak macaron yang memang comfirm aku tau tak kan jadi macaron. So, apa jadi macaron aku tu? Hehehehehe, macaron aku jadi cookies laa. Sedap la gak, very-very rangup.

So, nampaknya untuk bagi lebih pemahaman kat aku tentang buat macaron ni, aku ingat aku nak join gak kelas tu. Mahal la gak, dalam 76 euro dah disebabkan aku takkan faham apa yang chef tu cakap, tak kisahlah. janji aku dapat tengok cara-cara serta tips yang dia gunakan untuk buat macaron tu.. Tak pun, tunggu lah aku balik Malaysia dulu then i'll learn it there.

0 comments: