klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Saturday, January 12, 2013

Jom buat Akok

Salam Tahun Baru 2013... Hehehehe, dah dekat dua minggu tahun  baru berlalu baru nak wish tahun baru.. Rasanya dah dekat sebulan aku tak update blog. Hari2, memang teringin sangat nak update tapi penyakit yang datang ni tak beransur pergi. Penyakit M yang melanda lebih-lebih lagi musim sejuk ni.. Terlalu banyak resepi yang aku nak simpan serta kongsi untuk kegunaan kemudian hari. Terlalu banyak juga gambar2 dalam simpanan yang tak sempat aku masukkan. Semuanya dah basi tapi ada aku kisah.... Kan semuanya untuk kenangan di masa akan datang.

Entri aku buat malam ni sebelum aku makan malam, aku nak kongsi resepi dari Kelantan yang aku buat dua minggu lepas, kalau tak silap. Kat bawah ni namanya Akok kedut.. Rupa memang out tapi rasa memang ada rasa akok.. Resepi ni aku dapat dari MyResepi kat sini: My Resipi

adunan akok yang siap ditapis

adunan dlm acuan muffin



Akok

Bahan-bahan:
5 biji telur
200 ml pati santan 
100 ml air
150 gm gula melaka
30 gm tepung gandum
daun pandan
2 cubit garam halus

Cara-cara:
1. Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api.
2. Masukkan santan. Tunggu suam sikit, kemudian masukkan telur, tepung dan daun pandan. Gaul rata. Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung.
3. Panaskan oven pada suhu 200 C. Panaskan acuan ke dalamnya. (aku guna acuan muffin). Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
4. Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengambang. Bila dikeluarkan dari oven, ia akan sedikit mengecut.


1 comments:

Anonymous said...

Tq tapi nak copy x boleh kan? Inbox fb blh? Nak kerja senang.