klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Thursday, February 9, 2012

Pavlova

PAVLOVA- amenda tu pavlova... Ni info dari Mr wiki: Pavlova is a meringue-based dessert named after the Russian ballet dancer Anna Pavlova. It is a meringue dessert with a crisp crust and sof, light inside. The dessert is believed to have been created in honour of the dancer either during of after one of her tours to Australia and New Zealand in the 1920s. The nationality of its creator has been a source of argument between the two nation for many years, but formal research indicates New Zealand as the probable source..


Dah lama buat pavlova ni, bulan lepas kot tapi baru nak tayang dalam blog.. Resepi ni aku ambik dari blog Mamazieza. Aku ajdust sikit kemanisan pavlova..

PAVLOVA-basic
bahan-bahan:
4 biji putih telur
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh cuka
1 sudu teh esen vanila
1 sudu makan tepung jagung

Hiasan:
whipping cream
Buah-buahan (oren, kiwi, strawberry.... ikut suka hati korang..)

notes: Aku guna buah peach dalam tin. Kat tengah2 tu, aku letak fruit cocktail
(Kat sini susah nak jumpa whipping cream yang halal, so aku guna yang segera-aku terus picit atas pavlova. Tapi kena terus makan sebab whip cream ni cepat cair...)


sebelum dibakar

hasilnya...
Dua hari lepas percubaan pertama buat pavlova ni, aku buat sekali lagi. Kali ni tak bubuh whipping cream sebab cik abang tak suka. Makan ngan ais krim pun sodap gak..., meratah ajer pavlova tu pun sedap...

Selamat mencuba.....



7 comments:

アヌムちゃん said...

dah lama teringin nk mkn pavlova ni
nak buat sndiri takot x jadi.huhu

harleena said...

senang ajer nak buatnya... yang penting, putih tu tu jangan termasuk kuning telur or air sikit pun.. Kalau tidak, tak jadi meringue tu... cubalah..

Zaza Fakharuldin said...

nak try jugak laaaah ! bersemangat ni !!

Asmara said...

Saya sekali je pernah buat, x tau nape x buat lg. Hehe.. Padahal senang je kan. Tengok ni rasa nak buat jugak ah.. :D

MOH KEMBARA said...

Salam Yong Harleena,
Sesejuk ni, dok memerap, makan benda manis pulak....haisyyy. Bebaik Yong! Tapi nampak sedap tuh!

harleena said...

Zaza Fakharuldin, Try laaa. sedap ni...

Asmara, kalau ramai yang suka dan makan berebut2, memang sedap. tapi kena ada menu utk kuning telur, kalau tidak, rugi... Kalau buat butter prawn, putih telur tu mmg tak guna.. Tu yang buat pavlova..

Moh Kembara, memang bahaya... hehehehe. berat mmg dah naik ni...

AZLINA said...

Wahh, ada pavlova kat sini..camne la rasanya tu, mesti sedap ni! Ambil resepi dulu yea...thanks :))