klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Thursday, February 2, 2012

Spaghetti Carbonara

Akhirnya, berakhir juga hari yang amat bermakna buat anak-anak (juga buat maknya sekali).. pengalaman salji turun depan mata. Last salji kat Toulouse ni, if i'm not mistaken ialah pada penghujung tahun 2009. Kiranya dua tahun gak Toulouse tak ada salji. Memang lah boleh gi main salji kat kawasan ski resort macam dulu tu tapi takkan sama dengan pengalaman salji turun depan rumah. It was awesome... Kalau orang nak kata aku jakun ke, tak kira laaa tapi memang best.. Yang tak bestnya, masuk pukul 10.00 pagi ajer, snow pun tak turun lagi dan yang kat atas jalan pun cair. Tapi ais kat atas rumput belakang rumah, still ada lagi eventhough salji dah tak turun. Mana taknya, temperature hari ni memang sejuk. Malam ni ajer, -ve3C. Mungkin tak sesejuk di sesetengah tempat yang mencecah hingga -ve26C tapi bagi aku, cuaca kat luar tu still macam dalam peti sejuk. Ni video salji pertama oleh anak2 aku...
video

Ni satu lagi video yang sempat aku tangkap. Video salji tengah turun kat halaman belakang rumah aku. Kenangan yang tak mungkin dilupakan..
video

Okey, now back to topic. Resepi Spaghetti carbonara. Resepi ni telah direquest oleh seorang sahabat. Resepi aku ni, olahan aku sendiri dari dapur aku yang selalunya resepi campak2 tapi yang pastinya, anak2 suka. Itu yang paling penting. Actually, kalau nak cari resepi carbonara ni, banyak ajer boleh jumpa kat dalam internet tapi here's my version. Hope you'll enjoy it.

kuah carbonara

SPAGHETTI CARBONARA
sebungkus spaghetti - rebus dgn beberapa titik minyak zaiton

Kuah:
3 sudu besar butter
1 bawang besar - dadu
seulas bawang putih - dadu
3 sudu besar tepung gandum
500 ml (sebotol) cream
isi ayam/sausage/udang - potong kecil (jika gunakan udang, rebus dulu)
kiub ayam, garam dan lada hitam
cendawan butang
daun parsley (utk hiasan) -hiris halus
capcicum (optional)

Cara-cara:
1. Panaskan periuk dan masukkan butter.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
3. Masukkan isi ayam/sausage. Kacau sebentar hingga agak masak. (Jika gunakan udang, skip no. 3
4. Masukkan tepung gandum dan kacau sebati.
5. Masukkan cream. Then, isikan air dalam botol cream, goncang2 dan tuang dalam periuk. Kacau rata dan sebati.
6. Masukkan udang.. Kacau selalu sebab takut hangit di bahagian bawah.
7. Masukkan cendawan butang. Masukkan capsicum.
8. Perasakan dengan kiub ayam, garam dan lada hitam.
9. Letak spaghetti dalam pinggan, sendukkan kuah carbonara dan taburkan dengan daun parsley..

Voilla-my version yang simple carbonara.. Enjoy
(Boleh juga ditambah dengan mushroom soup segera dalam kuah)

1 comments:

SaraLily said...

Wahhh...seronok nyer main snow yek...Kat cni thn ni takde langsung snow.Tak mcm thn lepas lebat.....