Sejak dua menjak ni, Ina terlebih rajin pulak. Asyik dok buat roti ajer.. Dulu2 buat gak tapi cam tak puas hati sebab roti tu walaupun jadi , ianya tak selembut roti bun yang selalu makan. Sejak dua menjak ni, menjadi pulak roti yang dibuat lebih-lebih lagi menggunakan yis dari malaysia. Aik, macam nak kata yis malaysia yang melembutkan roti ke tapi dulu dok buat guna yis sini, nak tunggu naik memang lama dan roti tak selembut yang menggunakan yis malaysia. Salah adunan ke, salah yis ke suratan ke atau kebetulan... Entahlah. Semalam buat roti lagi dan gunakan yis dari malaysia. Yis pulak dah nak habis so pagi ni buat menggunakan yis sini, levure boulangere. Untuk doh pertama naik tu ambil lebih kurang sejama setengah. Lepas di bentuk, tunggu naik sekali lagi dah sejam tapi naik tak berapa gebu. Aduihhhhh. Pehal ni. Kena double kan yis ke? Anyway, ni resepi doh yang selalu dibuat sejak dua menjak ni menggunakan yis dari malaysia untuk rujukan masa hadapan. Sebenarnya, doh roti ni macam-macam yang boleh kita dapat di internet. Bahan-bahannya lebih kurang serupa: tepung, gula, garam, air, telur, yis, butter, susu tepung. Yang bezanya adalah kuantiti bahan-bahan tersebut. Kalau ada tepung roti, bolehlah guna tepung roti tapi ina gunakan tepung gandum biasa ajer. Ada yang bubuh gula lebih, ada yang bubuh butter lebih..
Basic bread dough:
500 gm tepung gandum
100 gm gula kastor
1 sk garam
1 biji telur A (ina guna 2 biji telur saiz kecil)
(Simpan sedikit telur untuk disapu atas roti)
250 ml air
(jumlah air + telur lebih kurang 290 ml)
1/2 sk bread improver
1/2 sk bread softener
1 packet yis (11 gm)
50 gm mentega
20 gm susu tepung
Nota: Jangan bubuh semua sekali air, kalau nampak keras doh tu, tambah air sebab kualiti tepung berbeza kelembapannya.
cara-cara:
1. Campurkan semua bahan kering dalam mangkuk mixer. Gaul rata dalam 30 saat.
2. Tuangkan adunan cecair. Putar dengan mixer menggunakan dough hook selama lebih kurang 20-30 minit hingga adunan doh kenyal.
3. Masukkan doh dalam mangkuk dan tutup dengan plastik (cling wrap). Rehatkan doh lebih kurang sejam atau hingga doh naik dua kali ganda.
4. Timbang doh 50 gm setiap satu. Untuk bun pizza, cananikan doh dan letak sausage. bubuh mayo serta cili sos.
5. Untuk bun manis, bulat-bulatkan dan bubuh dalam loyang. Bolehlah di sapukan dengan telur.
6. Biarkan bun tadi naik sekali ganda lagi lebih kurang dalam 45 minit.
7. Bakar pada suhu 180C lebih kurang 15 minit.