terima kasih sudi follow

Wednesday, July 3, 2013

Au Revoir Toulouse, Au Revoir France..

1 Julai 2013 bersamaan hari Isnin.. Tiba juga hari yang bukan ina nanti-nantikan tapi ianya tetap tiba jua. Hari untuk kami sekeluarga pulang semula ke tanahair setelah merantau lebih kurang 2 tahun 8 bulan di bumi Toulouse. Entri pendek ajer hari ni sebab mood untuk menulis masih belum tiba lebih-lebih lagi, banyak yang perlu dibuat pada blog ni yang dah terbengkalai sekian lama. Lebih-lebih lagi bila banyak gambar2 yang hilang dari dada blog.

Flight pulang arini jam 6 petang menaiki pesawat British Airways ke London dan dari London menaiki pesawat MH0001 A380-800 jam 10 malam.

Terima kasih buat sahabat-sahabat serta anak-anak yang sudi menghadirkan diri walaupun sibuk dengan urusan seharian untuk menghantar kami sekeluarga pulang selama-lamanya ke Malaysia. Semoga ukhwah yang terjalin selama ini di perantauan akan berkekalan hingga ke akhir hayat.




























KALIAN SEMUA SENTIASA DALAM INGATAN, SALAM SAYANG DAN RINDU BUAT SEMUA...