terima kasih sudi follow

Tuesday, February 4, 2014

Chicken Tikka Massala

Aku ni tenggelam timbul tenggelam timbul. so arini timbul jap sebab nak masukkan resepi chicken tikka massala. Resepi main campak2 seperti selalu.

Bahan2:
1/2 kg dada ayam (potong dadu)
sebiji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
(bawang besar, bawang putih dan halia, tumbuk atau cincang halus.)
1 tangkai daun kari
2 sudu besar rempah kari
sedikit serbuk jintan manis, jintan putih dan serbuk ketumbar (aku pakai rempah soto tok mak ajer)
2 sudu besar yogurt
2 biji kentang - potong 4
2 biji tomato (potong dadu kecil)
3 sudu besar minyak masak
garam dan gula secukup rasa

cara2
1. masukkan ayam, kentang dan bhn2 yang dicincang/tumbuk ke dalam kuali. bubuh air lebih kurang satu cawan.
2. biarkan mendidih sebentar, masukkan tomato yang dah dipotong dadu then, masukkan serbuk rempah kari dan rempah soto tok mak serta daun kari.. kacau rata.
3. biar mendidih sekejap, then masukkan yogurt dan minyak masak. Kacau sebati, biarkan hingga pecah minyak.
4. Masukkan air sedikit. bila mendidih, bolehlah diangkat.