klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Wednesday, March 31, 2010

Back to Normal

Alhamdulillah, jalan Puncak Alam ke Shah Alam berhampiran Cahaya SPK telah kembali boleh digunakan. Jalan taklah sesak teruk tapi still sesak menghala keluar ke Shah Alam. Lega rasanya.

Semalam aku dikejutkan dengan berita Din Beramboi yang kritikal dan koma di Hospital Selayang. Dalam Facebook pula diberitakan bahawa Din Beramboi terkena kencing tikus ketika membuat program kanak2 di zoo negara. Di beritakan juga bahawa Din Beramboi amat2 memerlukan darah jenis O. Aku terus  menelefon Hospital Selayang menanyakan samada benarkah bekalan darah jenis O tidak mencukupi di Hospital Selayang. Mereka memaklumkan bahawa bekalan darah mencukupi. Alhamdulillah. Semoga Din Beramboi cepat sembuh.


HARIAN METRO

Din Beramboi masuk ICU

Oleh Ahmad Tajol Ansar Ibrahim
ahmadtajol@hmetro.com.my
2010/03/31
E-mel 
Artikel Cetak 
Artikel Tanda 
Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen 
Artikel
KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon, Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali Din Beramboi (gambar), 43, kini dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di Bahagian Kecemasan Hospital Selayang (HS), di sini, selepas mengadu mengalami demam kuat dipercayai akibat jangkitan virus kencing tikus, kelmarin.
Malah, pihak hospital menjelaskan pelakon ‘Wakenabeb’ di ntv7 itu memerlukan darah jenis O dengan segera dan merayu sumbangan darah daripada orang ramai dalam tempoh masa 24 jam.
Sebelum terlantar di HS, Din Beramboi yang juga deejay di Radio Era dipercayai mengalami demam sebelum mendapatkan rawatan di sebuah pusat kesihatan berhampiran kediamannya di Rawang, dekat sini.


Bagaimanapun, selepas menjalani pemeriksaan kira-kira jam 9 pagi, beliau yang turut menjadi juri dalam rancangan Raja Lawak kemudian dirujuk ke HS untuk pemeriksaan susulan kira-kira jam 3.30 petang.


Pengurus Saluran Era FM, Nazri Noran, memberitahu ini kali pertama Din Beramboi mengalami masalah kesihatan agak serius sedangkan sebelum ini, dia sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam urusan kerja malah sanggup datang bertugas di konti meskipun demam.


“Bagaimanapun, beberapa hari sebelum kejadian, dia ada mengadu kepada saya mengatakan tidak boleh tidur dan demam menerusi SMS.



“Keadaannya semakin serius semalam (kelmarin) sebelum dibawa menjalani pemeriksaan kesihatan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Nazri berkata, Din Beramboi kini dipantau doktor yang menjaganya malah turut ‘ditidurkan’ bagi menjalani pemeriksaan lanjut di hospital berkenaan.


Difahamkan sebelum kejadian, Din Beramboi menggantikan tugas seorang pelakon lain ketika menjalani penggambaran di sebuah zoo di ibu negara.


Bagaimanapun, sejurus selepas selesai penggambaran, pelawak itu mengadu mengalami lemah badan dan kurang sihat kepada isterinya, Suhaini Che Man, berusia lewat 30-an.


Sementara itu, jurucakap HS ketika dihubungi menyatakan, keadaan pelakon itu kini agak kritikal dan sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.



Berita baru yang diterima, keadaan Din Beramboi semakain baik dan tak perlu bernafas menggunakan mesin.

0 comments: