klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Saturday, June 26, 2010

Keistimewaan Wanita

Berbahagialah Menjadi Seorang Wanita Karena diberi Keistimewaan Oleh Allah.


1. Do'a  wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.  Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda: " Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang mengembirakan anak perempuan nya, derajatnya seperti orang yang senantiasa menangis kerana takut Allah SWT dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan api neraka  keatas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang, makanan dari pasar kerumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka  pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita  yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

6. Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh  rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya  adalah syurga.

7. Dari Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya  lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka."

8. Syurga  itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggilmu dua orang ibu bapamu  maka jawablah  panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari manapun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristigfar baginya selama dia taat kepada  suaminya (serta  menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a. berkata "aku bertanya pada Rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda "suaminya". Siapa pula berhak terhadap lelaki?" jawab Rasulullah SAW "Ibunya"

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu  surga mana saja yang dia kehendaki

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT  memasukkan dia kedalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

15. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan  menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

16. Apabila seorang perempuan  mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan  baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT

17. Apabila seorang perempuan  melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT

Telefon Bimbit

PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu di kala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan, antaranya:
 
  1)  TALIAN KECEMASAN


  -  Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci (Keypad lock)
 
  2)    KERETA TERKUNCI
- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar. Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan sistem penggera  (alarm) sahaja. Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm (satu kaki) dai kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat 'ON' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.


3)     KUASA BATERI TERSEMBUNYI

-    Mungkin ramai tidak tahu, telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengatifkannya, tekan kekunci '*3370#'. Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrinb telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda.
 
4)   TELEFON KENA CURI

-  Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda. Sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila telefin bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci sistem dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia dicuri, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.
  

Sebuah Renungan

Sebuah Renungan yang sangat bagus untuk sekadar Renungan....

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam, wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari

Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat. Celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah, mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat, menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju

Kaki tangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah, anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersandar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi
Hukum agama telah terpapar

Tugas suami mengemas rumah, menjaga anak
Membasuh pakaian, menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'

Tak perlu mncari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI..... .

 

Thursday, June 24, 2010

Penawar Sebenar Kanser

DURIAN BELANDA ADALAH PENAWAR SEBENAR KANSER

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah  dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser. 

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik. 

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup. 

Hasil penyelidikan membuktikan  “pohon ajaib” dan buahnya ini :
i)  Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik. 

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga  beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan. 

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute.  Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

Dorayaki

Ingatkan dalam cerita Doreamon aje ada dorayaki ni tapi wujud juga rupanya makanan kegemaran doreamon ni. Resepi dapat dari internet. Maaf tuan punya resepi, dah lupa siapakah anda sebab dah lama salin resepi ni tapi baru buat.

Bhn2
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
1 sudu kecil baking soda
4 sudu besar air/susu segar
6 biji telur
Inti (kacang merah, choc, peanut butter, kaya)

Cara:
1. Larutkan baking soda dengan air/susu segar. Ketepikan.
2. Pukul telur dan gula hingga kembang.
3. Masukkan campuran baking soda dan tepung ke dalam adunan telur. kacau sebati.
4. Panaskan kuali leper dan lengser dengan sedikit minyak. tuang adunan dalam kuali lebih kurang 1 sudu besar untuk membentuk lempeng kecil (pancake). terbalikkan bila buih timbul di permukaan kuih.
5. Masak hingga habis adunan.
6. Bila sejuk, sapu inti pilihan di tengah dan tangkupkan dua.
(Adunan ni jadi banyak, so boleh buat 1/2 sahaja)

Kepada peminat ikan keli.

 Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

Haram 

(Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
-  Kepala berbentuk 'V'
- Bentuk badan mirip torpedo
-
Badan berwarna hitam berkilat
- Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
- Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
- Apabila digoreng ak an meletup kerana banyak lemak

Halal 

(diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
·  Kepala berbentuk 'U'
·  Bentuk badan tirus
·  Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
·  Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
·  Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
·  Digoreng tidak meletup

Penyakit Lupa

Antara penyebabnya adalah: -
- Makan kepala ikan.

- Organ dlman binatang seperti hati. Limpa, jantung, perut & yg seumpamanya melainkan atas nasihat doktor utk keperluan kesihatan.

- Makan Makanan yg tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yg menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.

- Jgn makan berlebihan (makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang).

- Jgn minum air antara suapan makan. Maksudnya, jgn minum sebelum anda selesai makan.

- Elakkan sukan yg boleh menyebabkan gegaran yg kuat kpd kepala seperti tinju, gusti & sebagainya.

- Pergaduhan/berkelahi sesama sendiri dgn memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa. Gegaran di kepala yg kuat & terlalu kerap akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yg dipanggil 'dopamin'akan berkurangan di dlm sel-sel otak. Lalu mengakibatkan daya ingatan yg lemah & otot-otot yg kurang bermaya.


Rahsia Menguatkan Daya Ingatan
Utk menguatkan daya ingatan, dgn rahmat & sayang Allah SWT, kita dikurniakan makanan yg baik & dpt menguatkan sistem saraf kita. Diantara jenis makanan yg boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah: -

- Buah anggur hitam
- Madu lebah
- Halia
- Buah badam
- Susu
- Air zam zam
- Kismis
- Jus karot & madu
- Epal
- Kurma
- Ikan tuna
- Tempe
- Air soya

Itu hanyalah sebahagaian drpd makanan yg boleh meningkatkan daya ingatan manusia. Selain drpd itu, oksigen juga amat penting utk merangsangotak supaya sentiasa cergas & cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan yg amat baik diamalkan adalah dgn menarik nafas sebyk 7 kiraan, kemudian tahan nafas sebyk 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu keletihan.

Keterang-keterangan di atas hanyalah sebahagian kecil drpd cara-cara meningkatkan keupayaan ingatan/otak. Yg paling penting ialah ingat Allah SWT selalu. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat pun kita lupa kpd-NYA. Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda. Disamping itu latihkan diri berzikir seperti berikut: -
1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu.
2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari.

Insyallah jika selalu mengamalkannya, daya ingatan semakan kukuh & mudah menerima ilmu & mengingatinya."

Terimalah Diriku Seadanya

Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh meriah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.
Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya:

"Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...".

Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. "Abang akan mulai dulu ya", kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat ... Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir...

"Maaf, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya.
"Oh tidak, teruskan ..." jawab isterinya.

Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, "Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu".

Dengan suara perlahan isterinya berkata, "Saya tidak mencatat sesuatupun di atas kertas saya. Saya fikir bahawa abang sudah sempurna, dan saya tidak ingin mengubah akan diri abang. Abang adalah diri abang sendiri. Abang kacak dan baik di sisi saya. Tiada satupun daripada peribadi abang yang saya dapati kurang ..."

Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya... bahawa isterinya menerima dirinya seadanya. Dia kemudian tertunduk dan menangis...

P/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?... Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN.

Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada yang perlu diperbaiki... wallahua'lam...

"Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita... INSYA ALLAH."

Jalan2 cuti sekolah

Sepanjang 2 minggu cuti sekolah yang lalu, tak gi mana2 pun. Just duduk rumah ngan anak2.  Weedend cuti sekolah minggu pertama, adik ipar singgah rumah dari Kedah on the way balik Melaka. Petangnya, ingat nak ke Taman Pertanian Bukit Cahaya tapi rupa2nya pukul 4.30 pm dah tutup. Pusing punya pusing punya pusing, sampailah kami ke I-City di Shah Alam. Okey lah tempat tu. Cantik bila tibanya malam dengan kilauan lampu2. Nasib baik kami pergi awal, belum gelap lagi. Kalau pergi bila dah gelap, memang jem teruk jugak tempat tu. Ni antara gambar2 kat situ:

Tuesday, June 22, 2010

Sumbangan Ikhlas Anda Amat Diperlukan


Nama saya Adrianna Alysya Bt Mohd Hani b berasal dari Kuala Lumpur . Umur saya 6 tahun 10 bulan. Saya mengidap penyakit kronik jantung berlubang yang serius sejak saya dilahirkan dan saya adalah Orang Kurang Upaya (OKU) iaitu tidak boleh mendengar, bercakap, dan berdiri. Boleh dikatakan setiap bulan saya dirawat dihospital.Saya memerlukan sejumlah bantuan kewangan daripada Tuan / Puan untuk meringankan beban kewangan ibubapa saya bagi :-

1 ) Membeli sebuah kerusi roda khas untuk kanak - kanak seperti saya, yang berharga lebih kurang RM 3,000.00

2 ) Membayar hutang Institut Jantung Negara lebih kurang RM25,000.00.

3 ) Menampung perbelanjaan kos rawatan saya dari masa ke semasa.

Dilampirkan salinan dokumen - dokumen yang berkaitan untuk rujukan Tuan / Puan. Saya merayu kepada Tuan / Puan agar dapat menghulurkan sedikit sumbangan sekadar yang mampu bagi meringankan beban kami sekeluarga. Sebarang sumbangan harap dapat disalurkan ke akaun / atas nama:-

Adrianna Alysya Bt Mohd Hanib

CIMB Bank A/c No 1427 006 1573 521 006 1573 521

Sekiranya sumbagan Tuan dalam bentuk cek diharap dapat hubungi ibu saya Fazirah Bt Sidek 012 658 0456 012 658 0456 / 013 695 3030 013 695 3030 Harap dapat sebarkan e-mail saya ini kepada 10 atau lebih kenalan Tuan/Puan. Jasa baik Tuan / Puan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga Allah s.w.t sahaja yang dapat mem bala s budi baik Tuan/Puan.Saya doakan. Semoga Tuan/Puan sekeluarga dirahmati Allah s.w.t dan sihat sejahtera.

Sekian, terimakasih.

Adiranna Alysya
Location: KL

Wednesday, June 9, 2010

Dosa Gugur Apabila Suami Isteri Bersalam

Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam RASULULLAH saw bersabda, yang
bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana
senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan
menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga
isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan
daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila
suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat
dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri.
Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya
terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam
rumahtangga. Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari
keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

Tuesday, June 8, 2010

BEWARE

Must Read and Please be careful out there !! 

A man came over and offered his service as a painter to a female putting gas in her car and left his card. She said no, but accepted his card out of kindness and got in the car. The man then got into a car driven by another gentleman. 


As the lady left the service station, she saw the men following her out of the station at the same time. Almost immediately, she started to feel dizzy and could not catch her breath. She tried to open the window and realized that the odor was on her hand; the same hand which accepted the card from the gentleman at the gas station. 

She then noticed the men were immediately behind her and she felt she needed to do something at that moment. She drove into the first driveway and began to honk her horn repeatedly to ask for help.The men drove away but the lady still felt pretty bad for several minutes after she could finally catch her breath. Apparently, there was a substance on the card that could have seriously injured her.


This drug is called 'BURUNDANGA'and it is used by people who wish to incapacitate a victim in order to steal from or take advantage of them. 

This drug is four times more dangerous than the date rape drug and is transferable on simple cards.
 

So take heed and make sure you don't accept cards at any given time alone or from someone on the streets. This applies to those making house calls and slipping you a card when they offer their services .
 

 

Saturday, June 5, 2010

Entri terlepas

Lama gak rasanya tak update blogku ini disebabkan kesibukan yang tiada penghujungnya juga kerana kemalasan yang kerapkali melanda hinggakan rumah pun rasanya dah berantakan dek baju2 yang tak berlipat. Semuanya kupejamkan mata dek kerana penyakit M yang melanda. Sepatutnya ada entri khas pada 26hb Mei 2010 yang lalu sempena tarikh keramat kelahiran umi tercinta yang telah pergi menyahut seruan Illahi pada 17 November 2000. Tanggal 26hb Mei lalu, seandainya umi masih ada,  umurnya telah mencecah 68 tahun. Ingin sekali ku selitkan potret2 umi dalam blog ku ini tapi malangnya, kesempatan belum ada untuk ku scankan gambar2 yang ada. Sesungguhnya ketika hayat umi dulu, aku tidak mempunyai video kamera maupun hp yang berkamera. Akan kuluangkan masa jua suatu nanti nanti untukku kongsikan segala kenangan2 silam di dalam gambar2 bersama arwah. InsyaAllah, itu akan menjadi projekku di masa lapang nanti.