Lebih dua minggu rasanya terbengkalai projek nak masukkan gambar2 aidil adha dalam blog sebab upload yang mengambil masa yang terlalu panjang. Then, aku pulak mula busy so, ni nak sambung balik masukkan gambar2.
Sebelum sambung masukkan gambar untuk sambutan Aidil Adha, selingan jap tentang apa yang aku masakkan untuk tetamu yang hadir. Selalunya setiap tahun beraya, aku akan buat rendang dendeng tapi kali ni aku nak cuba buat rendang dendeng. Dah beberapa hari dok skodeng resepi di internet dan yang terakhir, aku minta resepi dari makcik suami aku, Cik Linda yang berada di Kuala Kangsar. Terima kasih Cik Linda kerana berkongsi resepi. Disebabkan pertama kali aku buat rendang tok ni, hasilnya memang kurang memuaskan hati aku. Tak sempat pulak nak snap gambar. Selain dari rendang tok, aku buat pulut kuning. nasi impit serta kuah kacang dan rebus bihun untuk dibuat bihun soto. Rempah soto, aku beli dari Tok Mak yang aku kenal di FB. Memang secukup rasa rempah sotonya. Kalau rasa nak cuba rempah soto Tok Mak, bolehlah add Tok Mak di fb nya,
FB Tok Mak. Bukan setakat boleh buat soto, malah boleh digunakan untuk pelbagai resepi seperti ayam bakar, mee kuah, kurma dan macam2 lagi. Siap iklan lagi aku ni... hehehehe.
Jom sambung layan gambar:
Rasanya, selesai dah gambar-gambar sempena aidil adha 2012. Lepas ni, boleh sambung gambar2 masa aidil fitri pulak... Gambar yang dah basi tapi perlu diupdatekan utk kenangan..