terima kasih sudi follow

Tuesday, December 3, 2013

roti roti roti dan roti lagi..


Assalamualaikum... lately tiap2 hari memang bz sebab aku membuzykan diri dengan membakar roti. bila dah start membakar, dan melihat doh berkembang serta  roti yang dihasilkan gebu dan lembut, maka ianya telah menjadi penghilang stress buat aku. Memang seronok meroti ni..
Bila kita search resepi roti, kita akan dapat melihat pelbagai resepi tapi resepi asas roti ni boleh dikatakan sama ajer semuanya. mungkin ada yang lebih telur, ada yang bubuh shortening, ada pulak yang bubuh gabungan shortening plus butter atau marjerin, kandungan susu pulak, ada yang bubuh susu pekat, ada yang bubuh susu tepung dlm kuantiti berbeza. semua resepi memang bagus dan semua resepi insyaallah memang menjadi. Oleh itu, boleh disimpulkan di sini, resepi semua lebih kurang sama ajer untuk basic sweet bun. Yang penting disini hanya cara atau teknik kita menguli roti tu untuk kita jadikan ia lembut dan gebu.
sebelum dan selepas proffing

Jom kita citer pasal tepung pulak. kalau buat roti, seelok2nya gunakan tepung roti. kalau tak ada, gunalah tepung medium protin. camana nak tau tepung tu low protin ke hi protin ke medium protin ke? tepung hi protin tu tepung roti/bread flour. manakala tepung2 yang berharga 2 ringgit lebih tu macam tepung cap sauh, tepung faiza dan seumpamanya adalah tepung medium protin. tepung low protin pulak adalah tepung di pasaran yang harganya lebih kurang 1.35 hengget. Aku tak lah pandai sangat tapi sikit2 bolehlah.. hehehe
Ni aku nak kongsi resepi yang selalu aku guna untuk buat roti.

Basic sweet bun
Bahan A
500 gm tepung gandum serbaguna
(kalau nak guna campuran tepung roti plus tepung gandum pun ok)
80 gm gula kastor
1 sudu teh bread improver
sepaket yis segera
1 sudu besar susu tepung* (kalau guna susu pekat, tak perlu guna susu tepung)
1 sudu teh garam
(campurkan semua bahan kering ni, gaul rata.  garam campurkan akhir sekali then gaul rata)

Bahan B
dlm jug masukkan
1 biji telur
1 sudu besar susu pekat manis* (kalau guna susu tepung, tak perlu guna susu pekat)
air sejuk + ais ketul dalam 4-5 ketul kecik - ukur dalam 280 ml
*perlu diingatkan, cecair jangan dituangkan semua. tepung yang kita gunakan ada tahap kelembapannya. jika kita meroti ketika cuaca panas, mungkin kita perlu menambahkan air satu atau dua sudu berbanding jika meroti ketika sejuk atau ketika dinihari dimana tahap kelembapan tepung lebih tinggi.

Bahan C
80 gm butter/marjerin atau campuran shortening + butter/marjerin

Cara-cara:
1. sebatikan bahan A dalam mixer.
2. gaul sebati bahan B.
3. tuang bahan B dalam bahan A. guna speed perlahan hingga adunan mula jadi doh.
4. masukkan butter/marjerin. Mixkan adunan hingga jadi doh yang expendible/kenyal.
5. bila doh dah kenyal (lebih kurang 25-30 minit dalam mixer), bentukkan bulat dan masukkan dalam mangkuk. Tutup dengan cling wrap. biarkan naik sekali ganda lebih kurang sejam (tengok keadaan cuaca)
6. Bila dah kembang, bolehlah ditumbuk2 manja untuk keluarkan angin. then bolehlah dibentuk ikut suka hati.
7. biarkan naik sekali lagi.
8. bolehlah bakar pada suhu 180 selama lebih kurang 12-15 minit.

kalau boleh uli hingga jadi cam ni, memang best. roti akan jadi lembut.


petit sausage bite

lepas keluar dari oven, bolehlah sapu dengan butter

petit pizza bun

sebelum kembang

selepas doh kembang

sweet bun baru keluar dari oven,;panas berasap2 lagi.


sweet bun with strawbery topping

anak2 tk suka cinamon roll, so buat nutella roll






kenangan kedai halal di toulouse

Antara kedai halal yang aku beli ayam dan daging di Jean Jaures...

Nama tokey kedai ni Mehdi dan ada pembantunya, bernama Mohammad. Baru2 ni ketika aku pergi, Mehdi tengah bercuti ke Algeria dan digantikan oleh adik beliau. Dah ada sorang lagi pekerja baru. Kalau korang ke kedai ni dan dia perasan korang dari Malaysia, pasti akan terima teguran ramah dari beliau. "Apa khabar".. ucapan yang selalu dilontarkan selain dari salam yang diberi. Banyak juga yang beliau belajar dari kami2 Malaysian yang selalu membeli daging dan ayam dari beliau. Antaranya daging, telur, ayam, terima kasih, khabar baik dan beberapa perkataan lagi. Alhamdulillah, selalu kalau membeli di kedai beliau, ada ajer kurma sebagai saguhati buat kami..

Monday, December 2, 2013

chocolate chip muffin



Jam menunjukkan angka 2:30 am tapi mata masih segar bugar. Jadi eloklah kesempatan yang ada ni aku catatkan resepi chocolate chip muffin yang aku buat petang tadi agar menjadi rujukan kemudian hari. Chocolate chips muffin ni aku buat untuk bekalan si teruna tunggal aku yang nak gi bercamping di chalet jin bara tapi tengahari tadi, aku dapat berita tak jadi ke situ disebabkan weekdays ni tak ramai yang bercuti di situ. So lokasi berubah dan last minit baru aku dapat tahu. Marah gak tapi disebabkan ditemani oleh parent kawannya, so aku terpaksa cool down.
Berbalik tentang resepi muffin ni yang mana aku gunakan resepi nigella lawson. ni aku copy paste ajer. malas nak taip malam2 ni.

INGREDIENTS













Cara2:

DIRECTIONS

Special equipment: Muffin tin with paper muffin cases 

Preheat the oven to 400 degrees F. 

Put the flour, baking powder, baking soda, cocoa, sugar, and 3/4 cup of the chocolate chips into a large bowl. Pour all the liquid ingredients into a measuring jug. Mix the dry and wet ingredients together, remembering that a lumpy batter makes the best muffins. Spoon into the prepared muffin cases. Sprinkle the remaining 1/4 cup chocolate chips on top and then bake for 20 minutes or until the muffins are dark, risen and springy.

Esok2 lah aku translatekan resepi ni ke bahasa melayu.. time to Zzzzzzz dulu....

sebelum dibakar

selepas dibakar