terima kasih sudi follow

Monday, May 3, 2010

Malang lagi

Pagi-pagi seperti biasa, aku menghantar anak2ku ke sekolah. yang tinggal hanyalah Hanif di rumah kerana bersekolah sessi petang. Dalam pukul 7.45, hanif menelefon ku bertanyakan kenapa ada air dalam bilik tidur. Ya Allah. Baru aku teringat, pagi tadi sebelum ke sekolah, aku basuh baju dalam washing machine. Washing machine ku diletakkan dalam bilik tidur ku kerana semasa pindah dahulu, dapurku sempit untuk memuatkan mesin basuh tersebut, so aku menempatkan dalam bilik tidur ku.
Baru aku teringat bahawa aku tidak memasukkan paip air keluar ke dalam bilik air.

Bila tiba di rumah, aku lihat porch keretaku dah basah digenangi air. For sure dr mesin basuhku. Bila aku buka ajer pintu rumah, masyaAllah, hall ku basah dibanjiri air. Malah, air dari dalam bilik tidurku membasahi hall di tingkat atas dan terus menuruni tangga ke meja makanku dan terus bertakung di ruang tamuku. Aduuuhhhhhh. Satu keje la aku nak mengelap dan menolak air keluar. Nasib baik Hanif di rumah dan dia lah yang menolongku mengemas apa-apa yang patut. Dari dalam bilik, aku mengelap lantai hingga sepanjang menuruni tangga dan di bawah meja makan serta hall rumah ku. Nasib baik aku tak pasang karpet, kalau tidak, pengsan aku dibuatnya nak mengangkat karpet yang basah. Itupun, tikar sarawak di depan tv yang basah tu pun dah berat untuk aku dan hanif mengangkatnya untuk dijemur di atas pintu pagar.

Dugaan-dugaan. Segalanya menguji kesabaranku. Memang letih seharian mengelap lantai secara manually.

0 comments: