terima kasih sudi follow

Sunday, May 23, 2010

Nothing much to share

Apa nak tulis kat entri ni? Lama gak tak masukkan entri baru. Last week, hampir2 tumbang. Tiba2 diserang pening yang terlampau. Rasa2nya, satu rumah dah berputar 360 darjah. Muntah, tak payah kiralah. Adalah 5-6 kali. Siap kena pegang beg plastik masa nak gi klinik. Alhamdulillah, nasib baik okey dah lepas makan ubat. Tak sanggup lagi rasanya nak lalui sekali lagi pengalaman pening melampau tu. selalunya just a mild dizzy tapi kali ni, betul2 dia attack.

Masuk sekali la entri untuk 17 May lalu. Ada dapat sms menyuruh hadir ke HQ WWN untuk terima bonus. Majlis tersebut merupakan Penyampaian Bonus bulan April untuk ahli2 syarikat WWN. First time pergi sendiri. Dahlah malam, hujan renyai2 pulak. Dengan beraninya, akupun ambik jalan NKVE, keluar ikut Subang. Dalam hati nak ambik jalan yang Izalin (uplineku) ajar iaitu selepas Mentari Court tu, ikut kiri dan naik jejantas ke atas tapi malangnya aku terlepas exit tu. Aduhhhh, mana nak gi ni. Dengan tenang dan selambanya (nasib baik hari tu tak panik macam selalu kalau aku sesat), aku terus ke depan dan ternampak sign board jalan Templer. Aku pun ikut signboard tu. Pusing punya pusing punya pusing, memang aku dah tersesat. Lalu tempat yang sama adalah 3 kali. Rasanya dah 3 kali tawaf depan Hospital Assunta tu. Stop kat stesyen minyak mobil, yang ada hanya pekerja Bangla. Aku pun tanyalah kat mana UITM Jalan Othman. Dia pun tunjuklah arah. Tapi tak jugak jumpa2. Stop sekali lagi kat Maktab Kerjasama untuk tanyakan jalan. Barulah jumpa HQ WWN yang terletak betul2 depan UITM Jalan Othman. Aku sampai dalam pukul 9.00 malam. Nasib baik majlis belum bermula.
Alhamduliilah, ni kali kedua terima cek. Taklah banyak sangat tapi rasanya dah berpuluh tahun terlibat dengan MLM dan dah berpuluh2 MLM yang aku join, ni lah merasa terima cek. Alhamdulillah buat Mu Ya Allah. Semoga terus maju dan suksess lagi.

Pengasas WWN Dato' Dr Nordin Darus menyampaikan amanat kepada ahli2

0 comments: