terima kasih sudi follow

Sunday, September 5, 2010

26 Ramadhan

Hari ini merupakan hari ke 26 umat Islam berpuasa. Hanya tinggal lebih kurang 4 hari saja lagi, Syawal akan menjelma. Dalam bulan yang mulia ini, aku ingin memohon kemaafan dan keampunan buat semua teman2 yang mengenaliku secara peribadi juga buat yang mengenaliku di alam siber. Mohon maaf seandainya ada perilaku mahupun tutur kata atau bahasa yang mengguris hati. Sememangnya sebagai hamba Allah, aku juga tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan.

Tahun ini genap 10 tahun aku beraya tanpa umi tersayang. Kekadang hatiku terasa amat sayu bila dibuai rindu yang datang secara tiba2. Apa yang mampu kulakukan hanya mendoakan semoga Umi ditempatkan bersama2 hambaMu yang beriman di dalam syurgaMu, ya Allah.

Tahun ini juga merupakan tahun pertama aku dan suami beraya tanpa ibu mertuaku. Tentu suamiku dan keluarganya sedih dan terkenang2 akan ibu yang telah pergi lebih dahulu menyahut seruanMu. Semoga suamiku tetap tabah dalam mengharungi hari2 yang mendatang kerana disampingmu, aku akan terus mengabdikan diri buat selamanya sehingga Allah menjemputku nanti.

Raya ini, aku dan keluarga akan pulang beraya di Melaka bersama keluarga suamiku. Mungkin, ini kali terakhir kami akan beraya bersama2 buat jangka masa yang panjang kerana selepas ini, kami akan berjauhan dari semua ke suatu tempat yang amat asing sekali. Di dalam gembira, terasa sedih tetapi Allah telah merencanakan segalanya. Hanya Dia yang lebih mengetahui.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua.


0 comments: