klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Monday, October 11, 2010

10.10.10

Tarikh yang dinanti2kan oleh ramai pasangan untuk merealisasikan impian untuk hidup berumahtangga. Ramai yang menantikan tarikh keramat 10 Oktober 2010 untuk menyempurnakan acara2 penting dalam kehidupan. Antara yang memilih tarikh 10.10.10 untuk memulakan kehidupan baru adalah  Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina. Tarikh tersebut juga merupakan ulang tahun ketiga Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ke angakasa lepas. Malah tarikh 10.10.10 dilihat sebagai suatu yang amat menarik. Dengan jemputan seramai 10,000 orang, dan persiapan besar-besaran, perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Harlina Mohd Yunos boleh diisytiharkan sebagai 'wedding of the year'.




Dalam kesibukan menyambut kegembiraan pada tanggal 10.10.10, berlaku satu tragedi ngeri di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau. Kemalangan itu menyebabkan 12 maut manakala hampir 40 lagi cedera termasuk yang parah. Sedikit petikan dari akhbar Utusan Malaysia :
  • 12 maut manakala lebih 40 lagi cedera apabila bas ekspres, bas JKM, dua kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.
  • Nahas berlaku apabila sebuah bas ekspress Delima yang dipercayai dipandu lajudari Melaka ke Kuala Lumpur terbabas dan melanggar pembahagi lebuhraya.
  • Bas itu kemudian melambung ke laluan bertentangan dan melanggar sebuah van sebelum menghempap dua kereta.
  • Puluhan ribu kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sehingga lewat malam tadi.



 Al-Fatihah buat semua mangsa. Kita tak tahu bila ajal akan menjemput kita, mungkin esok, mungkin lusa. 

0 comments: