klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Thursday, October 14, 2010

chocolate cake





Jom buat chocolate cake...

Kek Coklat Kukus
Bahan2

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar soda bikarbonat
3/4 cawan serbuk koko
(Ketiga2nya di ayak)

2 biji telur
1 cawan gula

1 cawan air suam
3/4 tin susu pekat (tin sedang)
1 cawan minyak masak
1 sudu teh essen vanilla

Cara.
- Panaskan pengukus dahulu -
1. Putar telur dan gula hingga kembang.
2. Masukkan esen vanilla
3. Masukkan air suam, minyak masak dan susu pekat. Putar hingga sebati.
4. Masukkan bahan2 yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil terus diputar.
Putar hingga sebati.
5. Loyang dilapik dengan parchment paper dan sapu dengan butter.
6. Tuang adunan dalam loyang.
7. Kukus dalam pengukus selama sejam.

Nota: Alas tutup pengukus dengan kain supaya air tak menitik atas adunan kek tadi.

1 comments:

eRiNsZ said...

woooww best nyer k.ina, nak try arr