klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Thursday, November 25, 2010

packing barang

hari ni, 23hb Nov 2010 hari selasa, ada packaging company datang rumah untuk packing barang. Kelam kabut gak sebab masih belum ready apa yang nak di bawak dan apa yang nak tinggal serta apa yang nak di bawak ke rumah mertua dan adik ipar di Melaka. Kelam kabut gak sebab ari ni gak lah bermulanya peperiksaan SPM. Barang2 pulak ada yang tak habis di beli lagi.

Seawal jam 9.30, packaging company tu dah sampai rumah. Aku pun tunjuk2 apa yang nak dimasukkan dalam kotak. Tunjuk pun tunjuk, kemas punya kemas, tengok2 dah pukul 10.40 am. Alamak, dah terlambat nak ambik Shuhada yang habis exam jam 10.30 tadi. Terus pecut kereta untuk ke sekolah. Ambik shuhada dan terus bawak balik rumah. Baru terperasan, bekalan ubat2an belum sempat di shopping lagi. Aku pun keluar semula ke Life Farmasi di Bukit Jelutong. Beli la apa2 yang patut cam panadol, panadol soluble, pil chi ki teck aun, ubat migraineku, ponstan, vick, ubat luka, vitamin dan dua tiga benda lagi yang bernilai lebih kurang rm350. Nasib baik ada diskaun member, kalau tidak sure kena dalam rm400. Terus balik, masuk dalam kotak untuk dibawak dgn kontena. Pukul 1.30, abang antar shuhada pulak ke sekolah untuk bm paper 2.

Dalam pukul 3, aku keluar lagi untuk hantar syakirah ke KFC. Ada jamuan dengan kawan2 kelasnya. Tak pe laaa. Jamuan terakhir sebelum berangkat pergi. Balik rumah, sambung pulak packing barang2 dan jam 4, keluar sekali lagi untuk ambik shuhada balik rumah. Letih packing, rumah dah macam tongkang pecah. Bila la nak ngemas rumah pulak ni.....

0 comments: