Semalam, 28hb Nov 2010 tibalah hari yang dinanti2kan (entahlah samada dinanti2kan atau tidak). Setahun dulu, memang aku ternanti2kan tarikh di mana kami akan ke luar negara tapi makin dekat harinya, makin berbelah bagi rasa di hati. Aku turut merasa sayu melihatkan anak2 yang semakin sedih berpisah dengan sahabat2 yang makin hari makin rapat. Apa yang dapat kukatakan hanyalah bahawa dalam hidup ini, kita akan sentiasa 'berhijrah'. Dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Habis sekolah menangah, kita akan melanjutkan pelajaran ke Universiti pula. Kemudian, kita akan menempuh alam pekerjaan. Sahabat akan tetap jadi sahabat dan tetap kekal di dalam hati tapi makin kita melalui tempoh perubahan, kita akan dapat lebih ramai kawan. Jangan terlalu bersedih terpaksa berpisah kerana perpisahan ini hanya sementara sahaja. Semoga persahabatan tetap kekal lebih2 lagi sekarang ni ada FB.
Jam 6.40 petang, kami semua berangkat ke KLIA bersama2 dengan adik2 iparku dari Melaka dan juga sepupu suamiku serta bapa mertua. Tujuannya: untuk menghantar suami dan tiga anak2ku menaiki pesawat ke Toulouse. Dalam seminggu ni, memang bz giler dengan kerja mengemas yang tak habis2. Rumah bersepah2, barang2 banyak yang tak dipack lagi.
Last minit sebelum berangkat ke KLIA, aku bawa syafiqah ke Subang Perdana untuk beli keperluan last minit. Kelam kabut punya pasal, masa reverse kereta, aku tak perasan ada kereta lain yang parking belakang keretaku. Tiba2 keretaku tersangkut, tak boleh bergerak. Ya Allah, dalam hati berkata2, "mampus aku". Jap lagi nak gi airport, terlanggar pulak kereta orang. Kelam kabut aku turun, tuan punya kereta pun turun dengan muka yang serious. Alhamdullillah, syukur kepada Allah. Kereta tu tak bercalar sedikut pun. Lega rasanya., Berkali2 aku pohon maaf pada tuan punya kereta. Nasib baik pasangan tu pun okey. Terima kasih banyak2 Ya Allah kerana melindungi aku.
Kami berangkat ke KLIA dengan 4 biji kereta. Sebelum berpisah, masing2 mengalirkan air mata sebab terpaksa berpisah untuk tempoh masa yang lama gak tapi aku masih dapat menahan perasaan. Mungkin sebab dalam tempoh tiga minggu lagi, aku pun akan berangkat ke sana untuk bersama2 keluarga yang tercinta.
Buat suami tercinta dan anak2, jaga diri di tempat orang. I love u all. Tunggu umi kat sana, nanti kita jumpa kat sana.....
ps. Tak boleh nak masukkan gambar2 kat sana sebab digital kamera dah sampai Toulouse. heheheheh.
Monday, November 29, 2010
Perpisahan Sementara
Posted by harleena at 3:13 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment