terima kasih sudi follow

Sunday, May 23, 2010

BOSS WILL BE BOSS FOREVER

Cake Mixes & Toxins-Potential Poison

A student at HBHS (high school) had pancakes this week and it almost became fatal. His Mom (registered nurse) made him pancakes, dropped him off at school and headed to play tennis. She never takes her cell phone on the court but did this time and her son called to say he was having trouble breathing. She told him to go to the nurse immediately and proceeded to call school and alert the nurse. The nurse called the paramedics and they were there in 3 minutes and worked on the boy all the way to the hospital. He came so close to dying. Evidently this is more common than I ever knew. Check the expiration dates on packages like pancakes and cake mixes that have yeast which over time will develop spores. Apparently, the mold that forms in old mixes can be toxic! Throw away ALL OUTDATED pancake mix, brownie mixes, Bisquick, cake & cookie mixes, etc., you have in your home.

P.S.
Tell this to your children, grandchildren, nephews, nieces and anyone else who keeps these types of mixes in the cupboard.





Nothing much to share

Apa nak tulis kat entri ni? Lama gak tak masukkan entri baru. Last week, hampir2 tumbang. Tiba2 diserang pening yang terlampau. Rasa2nya, satu rumah dah berputar 360 darjah. Muntah, tak payah kiralah. Adalah 5-6 kali. Siap kena pegang beg plastik masa nak gi klinik. Alhamdulillah, nasib baik okey dah lepas makan ubat. Tak sanggup lagi rasanya nak lalui sekali lagi pengalaman pening melampau tu. selalunya just a mild dizzy tapi kali ni, betul2 dia attack.

Masuk sekali la entri untuk 17 May lalu. Ada dapat sms menyuruh hadir ke HQ WWN untuk terima bonus. Majlis tersebut merupakan Penyampaian Bonus bulan April untuk ahli2 syarikat WWN. First time pergi sendiri. Dahlah malam, hujan renyai2 pulak. Dengan beraninya, akupun ambik jalan NKVE, keluar ikut Subang. Dalam hati nak ambik jalan yang Izalin (uplineku) ajar iaitu selepas Mentari Court tu, ikut kiri dan naik jejantas ke atas tapi malangnya aku terlepas exit tu. Aduhhhh, mana nak gi ni. Dengan tenang dan selambanya (nasib baik hari tu tak panik macam selalu kalau aku sesat), aku terus ke depan dan ternampak sign board jalan Templer. Aku pun ikut signboard tu. Pusing punya pusing punya pusing, memang aku dah tersesat. Lalu tempat yang sama adalah 3 kali. Rasanya dah 3 kali tawaf depan Hospital Assunta tu. Stop kat stesyen minyak mobil, yang ada hanya pekerja Bangla. Aku pun tanyalah kat mana UITM Jalan Othman. Dia pun tunjuklah arah. Tapi tak jugak jumpa2. Stop sekali lagi kat Maktab Kerjasama untuk tanyakan jalan. Barulah jumpa HQ WWN yang terletak betul2 depan UITM Jalan Othman. Aku sampai dalam pukul 9.00 malam. Nasib baik majlis belum bermula.
Alhamduliilah, ni kali kedua terima cek. Taklah banyak sangat tapi rasanya dah berpuluh tahun terlibat dengan MLM dan dah berpuluh2 MLM yang aku join, ni lah merasa terima cek. Alhamdulillah buat Mu Ya Allah. Semoga terus maju dan suksess lagi.

Pengasas WWN Dato' Dr Nordin Darus menyampaikan amanat kepada ahli2

Wednesday, May 5, 2010

Selamat Hari Ibu

Sempena menyambut hari ibu, lagu di blog pun turut aku tukar dan aku ambik dari blog http://memoriibu.blogspot.com
Mohon kebenaran wahai sayangku untuk berkongsi lagu2 di blog tersebut.


Sudah pasti semua orang sudah biasa dengan ucapan “Happy mother’s day ” sempena menyambut Hari Ibu. Secara ringkasnya Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia. Ia juga disambut pada hari berbeza antara negara kerana berbagai-bagai asal-usulnya. Di negara Malaysia pulak, sebagaimana US, Jepun, Netherlands, Australia, Austria, Canada, China, Italy, Hongkong, Finland, Switzerland, Turki dan beberapa negara lain menyambut sambutan Hari ibu pada hari Ahad kedua bulan Mei. Maknanya bagi 2010 ni sambutan hari ibu jatuh pada 9 Mei 2010.



Seandainya dulu dapat kuluahkan rasa terima kasihku, seandainya dulu dapat kuucapkan betapa aku amat menyayangimu, seandainya dulu aku mengerti tentang Hari ibu yang saban tahun diraikan tentu segala2nya punya kenangan yang terambat indah dalam hidupku kini. Kerana segala kenangan itu akan sentiasa bermain di fikiran ku setiap tibanya hari ibu. Tapi sayang, segala2nya sudah terlambat. Apa yang dapat kulakukan kini hanyalah mendoakan semoga kau ditempatkan di dalam syurgamu ya Allah. Hanya Al-Fatihah yang dapat ku doakan buat mu. Semoga kau aman di sana wahai umiku, Sharifah Fatimah Syed Abdan, jua buat ibu mertuaku, Sharifah Aishah Syed Lope Ariffin. Tak lupa jua buat seorang insan yang kupanggil mak iaitu Rahmah bt Abdullah. Kenangan manis bersama kalian akan tetap terpahat di ingatan hingga Tuhan kelak menjemputku.
Aku terlalu amat merindui ibuku. Semoga Umi damai di sana.

Tuesday, May 4, 2010

ganjaran menahan marah

12 BARISAN MANUSIA.. MENUJU KE AKHIRAT:-

barisan pertama: di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki. keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah swt : "mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka.mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka"


barisan ke-2: di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah "mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya,mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati,mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk." Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat, maka di letakkan semua dosanya di atas kepala dan kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud,berjatuhanlah dosa2 itu.

barisan ke-3di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka
.

barisan ke-4diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.


barisan ke-5: diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar.
"mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. Inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

barisan ke-6 : diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan. Mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

barisan ke-7: diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka.
Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran
.


barisan ke-8: diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik, kepala kebawah & kaki ke atas.
Mereka adalah orang yg melakukan zina. Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda Rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita, melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka."


barisan ke-9: diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh.
Mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya
.

barisan ke-10: diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta.
Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.


barisan ke-11: diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan, bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan. Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

barisan ke-12: diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama.
Mereka melalui titian siratulmustakim seperti kilat. Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan. Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu, & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat. Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah swt."




BACALAH YASSIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin.
Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di
tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada
manusia
Semoga memberi ikhtibar kepada kita semua. Amin.



Monday, May 3, 2010

BEWARE

Malang lagi

Pagi-pagi seperti biasa, aku menghantar anak2ku ke sekolah. yang tinggal hanyalah Hanif di rumah kerana bersekolah sessi petang. Dalam pukul 7.45, hanif menelefon ku bertanyakan kenapa ada air dalam bilik tidur. Ya Allah. Baru aku teringat, pagi tadi sebelum ke sekolah, aku basuh baju dalam washing machine. Washing machine ku diletakkan dalam bilik tidur ku kerana semasa pindah dahulu, dapurku sempit untuk memuatkan mesin basuh tersebut, so aku menempatkan dalam bilik tidur ku.
Baru aku teringat bahawa aku tidak memasukkan paip air keluar ke dalam bilik air.

Bila tiba di rumah, aku lihat porch keretaku dah basah digenangi air. For sure dr mesin basuhku. Bila aku buka ajer pintu rumah, masyaAllah, hall ku basah dibanjiri air. Malah, air dari dalam bilik tidurku membasahi hall di tingkat atas dan terus menuruni tangga ke meja makanku dan terus bertakung di ruang tamuku. Aduuuhhhhhh. Satu keje la aku nak mengelap dan menolak air keluar. Nasib baik Hanif di rumah dan dia lah yang menolongku mengemas apa-apa yang patut. Dari dalam bilik, aku mengelap lantai hingga sepanjang menuruni tangga dan di bawah meja makan serta hall rumah ku. Nasib baik aku tak pasang karpet, kalau tidak, pengsan aku dibuatnya nak mengangkat karpet yang basah. Itupun, tikar sarawak di depan tv yang basah tu pun dah berat untuk aku dan hanif mengangkatnya untuk dijemur di atas pintu pagar.

Dugaan-dugaan. Segalanya menguji kesabaranku. Memang letih seharian mengelap lantai secara manually.

minggu-minggu lepas yang malang

Suatu hari sabtu dalam bulan april yang lalu (dah lupa date) bawak anak2 gi sekolah. Syafiqah ada seminar score A di Bangsar. Bas sekolah ambik di sekolah pukul 7.30 pagi. Hanif pula ada kor ko di sekolah yang bermula jam 8.30. Memandangkan masih awal, aku pun bawak anak2 ke kedai mamak untuk sarapan. Setelah sarapan lebih kurang jam 8.00, niat di hati nak ke sekolah menghantar hanif, then ke sekolah menengah anak sulungku shuhada untuk menghantarnya ke kelas tambahan jam 9.00 pagi. Namun, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan segala arah tujunya hari itu. Kereta buat hal. Tak boleh start langsung. Aduuuhhhh, camana ni. Setelah dicuba berkali2 namun tak juga berjaya. Terpaksa ku telefon abang tersayang yang ketika ini amat sibuk dengan urusan delegasi dari Itali.

Nasib baik, bengkel kereta just berhadapan dengan kedai mamak yang baru ajer aku bersarapan tadi tapi bengkel hanya bukak dalam jam 9.30. So, aku dan anak2 jadilah penunggu setia bengkel. Sejam juga laaa aku tunggu. Puncanya hanyalah atas kelalaianku sendiri kerana terlupa nak tutup lampu keretaku. Tak sampai setengah jam pun, bateri boleh kantoi.

Nasib baik segalanya selesai dengan bayaran rm10.00. Rupa2nya, bateri kereta tu pun penyambungnya longgar. Akibatnya, anak2ku tak pergi ke sekolah dan kami terus ajer pulang kerumah.

Seminggu kemudian juga keretaku buat hal lagi. Lampu brek tak mau padam. Ketiga2 lampu brek keretaku menyala sepanjang perjalananku menghantar anak2 ke sekolah walaupun aku tak membrek keretaku. Balik ke rumah, biarpun enjin dimatikan, lampu brek still menyala. Dah sudah, aku takut nanti keretaku tak dapat dihidupkan kalau usaha untuk memadamkan lampu tak dilakukan segera. Ketika itu jam 7.45 pagi dan kedai hanya buka jam 9.30 pagi. So, terpaksalah kutunggu jugak sehingga 9.30 untuk kubawa kereta ke bengkel. Silapnya hanya sedikit, kata mekenik tu, bawah pedal brek tu, ada yang patah sedikit. Setelah diadjust, kenalah juga bayaran minima sebanyak rm10.00. Alhamdulillah. segalanya settle.