klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Monday, April 4, 2011

Hepi Birthday to me.

Hari ini, 43 tahun yg lepas bersamaan hari Khamis, lahirkan seorang aku yang diberi nama Wan Harleena @ Wan Roseeta bt Kassim. Fuyooo, panjangnya namaku. Insan yg berjasa yang telah melahirkan aku diberi nama Sharifah Fatimah bte Syed Abdan yang mana pasangannya iaitu ayah aku bernama Kassim bin Hashim....

Bersyukur aku kerana diberi peluang hingga kini untuk menghirup udara dan bernafas di bumi Allah yang bertuah ini. Alhamdulillah, semoga dengan bertambahnya usia ku, makin menambahkan  kematanganku dalam mengharungi kehidupan seharian bersama keluarga tercinta.

Inilah rupa insan2 yang amat kusayangi dan terlalu amat berjasa dalam hidupku:.

Umi, kutitipkan Al-Fatihah buatmu. Sesungguhnya kehadiran hari ini membuatkan aku terasa amat merinduimu dan kehilanganmu. Semoga Umi ditempatkan bersama2 umatMu yang beriman di dalam syurgaMu....

Abah, semoga hidupmu sentiasa dilindungi Allah aku doakan. Walaupun kita berjauhan, kau tetap di dalam hati ini...

Kat bawah ni pulak, gambar budak comel dah dah meningkat menjadi seorang isteri dan ibu kepada 4 orang cahaya mata... Comey tak gambar aku masa kecik2 dulu. heheheh. Yang duduk tu, gambar adik lelaki aku. Sayangnya, gambar abang aku masa kecik2 tak ada dalam simpanan.

Tak banyak gambar2 masa aku kecil dalam simpanan. Selepas berkahwin, aku hanya mengambil sedikit sahaja dan ketika abah pindah ke Pulau Pinang selepas Umi meninggal, semua gambar2 dibawa abah bersama. Sayangnya, semua gambar2 tu musnah selepas rumah abah dimasuki air bah.... Sedihnya, habis semua gambar2 kenangan semasa aku di sekolah tadika maupun ketika kecil dahulu. Turut musnah, gambar2 kecil ku bersama arwah umi....

Buat suami dan anak2ku, hanya kalian sekarang penghibur aku. Sesungguhnya, aku bahagia bila dapat bersama2 kalian...

I'm Back

Lama betul tak update blog. Kiranya ada la dalam sebulanb 10 hari aku membiarkan blog ni bersarang... Banyak betul entri yang tertinggal. Ada beratus2 gambar dalam iphone yang nak aku uploadkan dalam blog... Kena ambik masa sikit dan pelan2, aku akan update semula blog ku yang tak seberapa ni.

Buat semua teman2 yang selalu jenguk blogku, maaf kupohon kerana membiarkan blog ini jadi rumah yang usang.

Buat adik2ku di Malaysia dan teman2 yang mengenali diri ini dan mengikuti perkembangan perjalanan kehidupanku di perantauan ni, maaf kupohon kerana sekian lama, kubiarkan blog ini tanpa berpenghuni...

Well, i'm back tapi hari ni macam tak mengizinkan aku berblogging pulak. Sedari malam tadi, kepalaku diserang migraine dan sehingga tengahari ni, dah 2 kali aku telan cafergot ngan posntan... Nampak gaya, tertangguh lagilah entri untuk hari ini. Hari ini sahaja dulu buat kali ini.....

Nak tune kepala jap bagi steady dulu, baru aku update lagi....