klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Thursday, July 26, 2012

Apam Salju

Apam salju ni aku buat dua hari lepas. Dh byk kali buat tapi dlm 5 kali buat, mesti ada sekali tk jadi. Entahlah kenapa.. Resepi ni mmg byk kat internet, just surf apam salju and you will find the recipe. Aku pn tk tau resepi asal dr sapa. Aku buat apam ni sbb ada nasi extra lepas bersahur. So, dgn resepi ni, nasi berlebih tu taklah membazir sbb aku dan suami tk makan nasi utk berbuka.. So, jom tgk resepi. Gambar tk bolehlah masuk pulak ngan iphone ni... Gambar, nnati2lah..

APAM SALJU

BAHAN-BAHANNYA :
2 cawan nasi
2 cawan tepung gadum
2 cawan tepung beras
1 3/4 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
2 camca teh instant yeast (mauripan)
Kelapa parut + secubit garam, gaul rata

CARA MEMBUATNYA :
1. Kisar nasi tadi bersama air, tuang air sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan gula pasir, kisar sampai sebati.
2. Dalam satu bekas, campur tepung beras, tepung gandum dan instant yeast, gaul rata dan tuang no. 1 ke dalam no. 2 dan gaul rata hingga sebati.
3. Tutup bekas tadi dan perap 3 jam.
4. Panaskan kukusan, balut penutup kukus dengan kain. Sapu acuan apam dengan sedikit minyak makan.
5. Sudukan adunan apam tadi 3/4 atau hampir penuh. Kukus 15 minit.
6. Keluarkan apam dari acuan dan hidangkan dengan parutan kelapa tadi....

2 comments:

Marya Yusof said...

As salam ina,

Marya belum berpeluang lg nak belajar buat apam...hehee... teringin jgk... Sy simpan dulu resipi akak ni ye...thanks... Selamat berpuasa... :))

Harleena Kassim said...

selamat berpuasa juga buat Marya..