klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Sunday, August 5, 2012

Selamat Tinggal Toulouse

Dalam aku bersemangat nak update blog selalu menggunakan hp, rupanya terbengkalai gak niat sebab aku tak jumpa cara nak masukkan gambar dari hp terus ke dalam blog.. Banyak resepi2 yang aku nak kongsikan tapi memandangkan gambar tak dapat diuploadkan, aku pendamkan dulu. InsyaAllah, bila aku dapat balik laptop nanti, aku akau kemaskini blog ni..

Selamat tinggal Toulouse menjadi tajuk hari ni sebab esok sebelum subuh, aku akan berangkat meninggalkan termpat aku bermastautin selama lebih kurang setahun lapan bulan untuk pulang berhariraya di tanah air tercinta, semestinya MALAYSIA... Flight dari Toulouse ke Paris menaiki KLM akan bertolak jam lebih kurang jam 7.15 pagi dan tiba di Paris lebih kurang jam 8.45. Dari situ terpaksa menukar ke terminal 1 dan flight dengan MAS akan bergerak lebih kurang jam 12:00 tengahari. Aku dijangkakan tiba di Malaysia jam 6:35 pagi hari selasa. Semoga perjalanan dilindungi Allah hendaknya.

Rasa-rasanya, itu ajelah update blog buat kali ini.. InsyaAllah, kalau ada umur panjang, akan aku coretkan segala entri yang terlebih bila aku pulang semula ke Toulouse. Sehingga ke tarikh itu, aku mohon maaf andaikata ada coretan yang mengguris perasaan. Salam Aidil Fitri buat pengunjung blog (seandainya ada).. hehehe.


3 comments:

wanie said...

SELAMAT PULANG KE TANAH AIR..mesti raya kali amat bermakna..SEMOGA LANCAR PERJALANAN..

wananiewana said...

selamat pulang ke tanah air tercinta kak..selamat hari raya yea..

MOH KEMBARA said...

Selamat Hari Raya dan Maaf zahir dan bathin Harleena!