klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Tuesday, September 18, 2012

Missing You-Strawberry Cheese Cake..

Apa kena mengena pulak missing you ngan strawberry cheese cake ni? Tak ada kena mengena pun. Semalam for dessert, aku buat strawberry cheese cake.. Sebenarnya aku nak buat cotton cheese cake tapi bila tengah belek buku masak tu, ternampak pulak resepi strawberry cheese cake ni. Kebetulan dalam peti ais, ada pulak yogurt strawberry... Sebenarnya anak2 tak berapa suka cheese cake yang ada crust kat bawah tu tapi sebab aku pulak yang teringin nak buat, jadi aku buat jugak.

Ok, berbalik dengan tajuk Missing you tu. Biasalah aku ni kalau berpisah dengan cik abang, walaupun baru berjauhan sehari, memang dah terasa teramat rindu.. Aduhhh, touching la pulak.. Suami aku sekarang ni gi outstation, balik ke Malaysia for two weeks. Jadi, aku pun kena la jadi drebar anak2 for two weeks gak. Tak der la peluang aku nak berselubung atas katil lagi lepas anak2 gi sekolah. Maka bermulalah hidup aku sebagai drebar bermula dari semalam, 17hb September 2012.

Lagu ni special didedikasikan buat suami tersayang.. Semoga segala urusan pekerjaan berjalan lancar.

Jom kita tengok resepi strawberry cheese cake. Kalau ikut resepi, crust tu dia gunakan biskut coklat tapi jenuh aku cari, memang dah kehabisan biskut oreo. Fikir cepat, nak ganti ngan apa.. Fikir punya fikir punya fikir, ternampak la coco crunch. Jadilah. boleh gak aku buat crust.. hehehehe
Strawberry Cheese Cake
Harleena Kassim
(maaf, aku dah lupa dari mana aku dapat resepi ni. Moga Allah memberikan ganjaran pada tuan punya resepi)

Crust:
Chocolate cookies
Melted butter
1. Gaul kedua2 bahan.
2. Tekankan pada dasar loyang.
3. Simpan dalam freezer.
(Aku guna coco crunch sebab tak ada cookies dalam rumah)
(Aku guna loyang loose bottom bersaiz 7 inci dan di alas dengan kertas minyak disapu butter)

Cake:
300 gm cream cheese
100 gm fine sugar
150 gm strawberry yogurt
3 tb spoon fresh milk
2 eggs (A size) - aku pakai 3 biji sebab telur kecik2.
3 tb spoon cake flour/flour
strawberry paste/essence + red colouring

Cara-cara:
1. Panaskan oven ke suhu 160 C.
2. Campurkan cream cheese, telur, gula, yogurt dan susu dalam satu mangkuk dan putar dengan mixer hingga kembang dan sebati.
3. Masukkan tepung dan putar sebati.
4. Tuangkan adunan dalam loyang yang disimpan dalam freezer tadi. Masukkan sedikit pes strawberry atau colour dan lorek2kan..
5. Bakar secara water bath (bain-marie) selama lebih kurang 40-50 minit.
6. Tutup oven dan biarkan kek dalam oven hingga sejuk (buka pintu oven sedikit.)

0 comments: