klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Thursday, September 20, 2012

Masa Bercinta dan Apam Balik

Seperti biasa, pagi-pagi aku bangun untuk menyiapkan sarapan serta bekal untuk anak2  bawak ke sekolah. Ada nasi lebih semalam, so aku goreng. Then, aku masak nasi putih dan lauknya aku buat masak lemak cili api rebung dan ayam goreng. Buatkan bekal sekali untuk cikgu geografi sekolah anak aku. Dia dok mintak anak2 bawakkan dia makanan yang pedas sebab dh biasa makan pedas dulu2.

Seperti biasa, aku ni memang ada masalah tidur, so selalunya tidur sekadar sejam dan aku akan terjaga. Then ambik masa sejam gak untuk aku tidur semula dan akan terjaga semula. Kalau nasib baik, memang boleh tidur balik. Kalau tidak, memang terkebil2 la bijik mata malam2 buta tu. Kalau aku terjaga, iphone akulah jadi peneman untuk belek2 fb.

Hari ni nak citer pasal zaman bercinta budak2 sekarang ni... Aku tak tahu lah korang camana tapi aku memang alergik la kalau time2 bercinta ni mula dok panggil mama-papa, anje-ayang, daddy-mummy.. Sejak bila korang ni ada anak? Please, jangan cakap aku ni jealous. Aku pun pernah bercinta gak dulu. Cinta tu tak menjamin korang akan berakhir ke alam rumahtangga. Bukanlah aku mintak camtu, aku doakan agar siapa2 yang di alam percintaan tu, berakhir ke jinjang pelamin. Aku doakan korang bahagia hingga ke anak cucu. Tapi ni belum apa2, korang dah bermama-papa. Pastu kalau tak ada jodoh, berpisah.... then bercinta balik... Dapatlah papa-mama baru pulak dah... Aduuhhhh. Taulah korang nak satu dunia tahu korang tengah bercinta but please laaa. Nak ter ueekk dah aku kalau baca benda2 gitu. Mohon maaf kalau ada yang tersinggung, tak ditujukan buat sesiapa just my personel opinion..

Agak pedas, mungkin tapi bak aku kata, just my 10 cent opinion.. Korang mungkin tak perasan tapi kat luar sana memang ramai yang rasa nak termuntah ooiiiii dengan panggilan2 gitu. Kalau dah kahwin tu, lain lah. Aku pun memang panggil suami 'Sayang' all the time. Hehehehe. Ok laah, korang fikir2lah sendiri mana yang elok mana yang buruk. Korang bayangkan pulak kalau korang di pihak ketiga yang baca benda2 gitu. If you don't mind, just carry on. Wa tak kisah, it's not my life... Hehehehehe.


Ok, jom kita buat apam balik. Dulu duduk Malaysia, tak terfikir langsung nak buat apam balik sendiri. Kalau nak ajer, beli kat kedai. Tapi kini, terpaksa la buat sendiri kalau teringin nak makan... Resepi ni lama dah buat tapi baru nak kongsi kat sini...Aku dah lupa kat mana aku salin resepi ni..

Apam Balik Rangup

Bahan2:
170 gm tepung gandum
100 gm tepung beras
30 gm tepung jagung
2 1/2 st baking powder
1/2 st garam
2 biji telur (saiz A)
1 st esen vanilla
6-7 oz air
100 gm gula halus

Inti:
butter
gula halus
jagung dalam tin
kacang tanah digoreng, dibuang kulit dan dikisar

Cara:
1. Campurkan semua bahan-bahan, tapis dan biarkan dalam peti ais lebih kurang 2-3 jam.
2. Panaskan non stick pan sebentar, tuangkan satu senduk adunan dan ratakan.
3. Taburkan gula, kacang tanah, jagung dan sedikit butter.
4. Masak hingga kulit apam balik agak keperangan.
5. Angkat dan lipat dua. Sejukkan dan bolehlah dimakan..








2 comments:

Anonymous said...

Oiit tak mo jual kat orang perancis lawan crepe berinti deme...

Mumuchi:-P

Ana Rashidah said...

Kak, setuju sangat tu. Saya pun rasa geli dok dengar org bercinta ni bahasakan mama papa dsb. Saya pun pernah muda dan bercinta, tp x de pulak guna macam tu. Saya dgn suami dulu lagi le... Saya awak, i u... Bila dah kawin, mak marah saya ckpmdgn suami macam tu. Tanya pendapat suami lak dia jenis x kisah. Mula2 tukar nama panggilan saya sangat malu nak berckp dgn dia. Dpn mak sy x panggil dengan nama panggilan tu. Walaupun just panggil abang, tp rs sgt segan hehehehe....

Ana rashidah