terima kasih sudi follow

Friday, October 11, 2013

Jemput makan, cucur nasi ajer...

Setelah sekian lama menyepi, hari ini ina ambik sedikit masa yang ada untuk update blog yang dah macam hidup segan mati tak mahu ni... Lately, memang ada bukak blog tapi sibuk membetulkan apa yang tak betul, memasukkan semula gambar2 yang hilang. Memang mengambil masa yang lama sebab terpaksa mencari semula gambar2 yang berteraburan dalam laptop ni, malah ada gambar yang tersimpan di dalam laptop satu lagi yang sudah arwah... Entah bila laa agaknya laptop tu nak diperbaiki..

Hari ni nak cerita tentang sarapan pagi ni. Selalu kat rumah ni ada ajer nasi yang berlebihan. Selalunya ina akan buat nasi goreng.. Balik-balik nasi goreng, asyik-asyik nasi goreng so arini ubah selera la sikit. Ina buat jemput atau ada orang panggi cucur tapi menggunakan nasi lebihan semalam. So, kita panggil ajer lah cucur nasi. Gambar main snap ajer, tak sempat nak hidang cantik2 dah sebab takut anak yang nak gi sekolah tak sempat makan. Bas sekolah datang menjemput dalam pukul 6:20 pagi.

Senang ajer nak buat jemput nasi ni.. Selalu ina buat jemput kentang+udang+bawang tapi kali ni bubuh nasi pulak.

Cucur Nasi/Jemput Nasi
2 cawan nasi semalam
2 cawan air
(blend kedua2 bahan ni)
tepung gandum
ayam/bilis/udang (harini ina bubuh isi ayam yang dipotong halus)
cili api (cincang halus2)
kentang (potong dadu)
garam secukup rasa
lada hitam secukup rasa
air
isi ayam yang dipotong halus dan cili api di cincang

adunan yang telah siap dibancuh

sekarang kita goreng
 Cara;
1. campur ajer semua bahan tu dalam bekas.
2. goreng.
3. bolehlah makan dengan cili sos..

Senangkan nak membuatnya. Nak sedap lagi, bubuhlah daun bawang dalam tu tapi kat rumah tak ada daun bawang so, buat apa yang ada ajer.

3 comments:

Unknown said...

As salam K. ina,

Ya Allah.. laparlah pulak mlm2 ni tgk cucur nasik ni... tgk cara buat pun da tau mesti sedap! Lamakan Marya xsinggah blog akak! Skrg ni baru nak aktif balik...esok nak balik kerja dah...hikhik... Kak, brg yg dipesan tu nnt Marya dtg amik ye...insha'Allah... jd x nak tukar FM xdgn marya? hehehe ;))

Unknown said...

Assalam Harleena

Lama tenggelam..baru timbul semula...

harleena said...

marya, akak pun dah lama tak update blog.. hehehehe

aku seorang pengembara,.. bz la saya ni. sebab tu sekejap tenggelam sekejap timbul.. hehehe