klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Tuesday, February 19, 2013

Pening-mana hilang gambar2 ni..



Salam. Lama tak update blog padahal hari-hari ada ajer entri atau resepi yang perlu dimasukkan dalam blog untuk tatapan kemudian hari. Tapi apakan daya, sejak laptop rosak, jadi malas nak update sebab banyak gambar-gambar tersimpan dalam laptop. Ni update pun gunakan laptop suami. Tapi bila jenguk balik entri yang lepas-lepas, baru perasan banyak gambar dah hilang sejak laptop tu rosak. Heran gak, apa kena mengena laptop rosak ngan kehilangan gambar-gambar dalam blog tu walaupun gambar-gambar tu memang dari dari laptop yang rosak tu. Musyil jap.... Sapa la tau jawapannya... banyak jugak entri yang kehilangan gambar. Aduuhhhh, frust betul laaa. Tak apa, pelan-pelan kita akan buat post-mortem.. hehehehehe


Wednesday, February 6, 2013

Cotton cheese cake


Entri ringkas arini. Nk share resepi cotton cheese cake dari buku The Joy Of Baking.
Bahan2
140 gm gula halus
6 biji putih telur
1/4 st krim of tartar (tak bubuh sbb tak ada)
60 gm tepung kek
20 gm tepung jagung
50 gm mentega
250 gm cream cheese
6 biji kuning telur
100 ml susu segar
1sb jus lemon
Cara:
1. Cair krim keju, mentega dan susu secara double boiler. Biarkan sejuk.
2. Tambah kuning telur dan jus lemon.
3. Pukul putih telur dgn krim if tartar hingga sedikit kembang.
4. Campurkan tepung jagung dn tepung kek. Kacau sebati.
5. Campurkan kedua2 adunan dan kacau rata dgn cara kaup balik.
6. Tuang adunan dlm loyang 8 in
7. Bakar secara bain-marie pd suhu 160 C selama 1 jam 10 minit.
Mohon maaf kalau gambar tk ada caption, akan diperbetulkan bila dh bukak laptop nnti. Susah betul nk update blog ngan hp ni..

Friday, February 1, 2013

Chocolate oreo ice cream

Salam. Setelah berhari2 tk uplate blog, malam ni ina cuba mengupdate menggunakan hp pulak. Bkn tk nak update tapi rasanya dh hampir seminggu laptop tu rosak dan usaha membaiki blm berhasil lg. So, disebabkan baru buat ais krim tadi jadi teringin la nk kongsi resepi. Dalam fb dh kongsi tp untuk rujukan, ina lebih selesa berkongsi dalam blog ni.
Tadi sempat buat ais krim coklat oreo. My second ice cream i've made within two weeks. Last time it was chocolate ice cream but this time, I've added oreo. Senang ajer nk buat ais krim ni sbb tk banyak bahan yang digunakan. Jom jenguk resepi.
Ais krim coklat oreo
Bahan-bahan:
1  tin susu pekat
2 tin whipping cream
4-5 sudu besar serbuk koko
7-8 keping biskut oreo (buang krim dan kisar halus)
Cara-cara:
1. Putar susu dan whipping cream hingga kental.
2. Campurkan serbuk koko. Putar sebentar hingga sebati.
3. Campurkan biskut oreo. Gaul sekata. 4. Masukkan dlm bekas. Sejukkan semalaman dalam freezer.
Terima kasih buat Raja Ipah atas perkongsian resepi ni. Raja ipah ni sebenarnya kenalan di fb tapi dia juga merupakan junior ina masa sekolah rendah dulu.