terima kasih sudi follow

Thursday, July 22, 2010

Musim Durian

Dah musim durian ke la ni? Nak kata ramai yang jual, tak juga. Tak tahu lah kalau kat pasar malam camana rupanya sebab dah lama sangat tak gi pasar malam.

Ada kawan dalam fb bagi tau dia makan buffet durian kat PJ. Banyak ajerlah banyak mana, hanya bayar rm15 sorang. Macam2 jenis durian ada kat situ, D24, D101, Raja Kunyit, Udang Merah... Entahlah. Macam2 nama ada tapi yang aku tau, durian siam ngan durian D24. Teringin gak nak makan dan baru2 ni (2 hari lepas), my beloved hubby pun belila durian. Just beli kat lori yang parking tepi jalan tu. D24 sekilo dia jual RM6. Then dia suggest beli D101, katanya isi warna kuning yang terang tu. Harga D101 sekilo Rm9.00. Boleh tahan gak mahalnya. Dulu2 masa duduk Kota Damansara, ada la beli durian ni. Dia orang jual satu beg plastik, RM10. Campur2, ada yang kecik, ada yang besar.


So, beli la 3 biji ajer durian. 2 biji D24, sebiji D101. Harga 3 biji tu dalam RM30.00 jugak. 3 biji durian makan 6 orang, boleh laaaa walaupun sebenarnya tak puas menikmati durian tu. Tapi, terubat gak kerinduan nak makan durian.

Tuesday, July 20, 2010

Ingat-Mengingati

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak  (5) Kali

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan”Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah”, supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya … 

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

  Empat perkara di pandang sebagai ibu “, iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.

Beberapa kata renungan dari Qur’an : Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh     : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor     : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar       : Dijauhkan dari kesehatan/kekuatan
Maghrib   : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.I
Isyak     : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Amalan Mengelakkan Santau

Jadikan Amalan Pagi selepas Subuh 7kali & Petang 7 kali  

Bersediakah Anda:

Tanda-tanda kematian
 
Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.

Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratul maut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali, cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya, iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut.
 
Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT.

Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT. Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.
 
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang tinggal untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
 
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
  
Tanda 7 hari
 
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
 
Tanda 3 hari
 
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
 
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
  
Tanda akhir
 
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.
 
Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Wallahualam
  
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan saya sendiri.
 
* Mohon ditegur atau dikomen oleh ustaz-ustaz atau yang arif sekiranya saya salah memberikan info

Mammogram

16 Julai, 2010

Hari ni aku ada appointment kat PPUM untuk buat mammogram jam 2.45. Sebetulnya, appointment tu patut bulan Januari lepas tapi disebabkan kesibukan ngan anak2 yang nak mula sekolah, aku pun postponed ke tarikh lain dan tarikh yang diberi adalah pada bulan Julai. Punya la lama tempoh masanya. Sememangnya kalau tak ada hal penting, aku takkan tukar tarikh appointment sebab memang akan dapat tarikh 5-6 bulan akan datang.

Tahun ni merupakan tahun ke-3 aku buat mammogram. Yang suspennya, aku kena buat sampai 3 kali sebab katanya, macam ada gumpalan kat x-ray tu. So, pada 28hb ni pulak aku ada appointment untuk jumpa dr. Buat mammogram ni, suami aku yang bawak. Tapi masa appointment ngan dr nanti, aku kena gi sendiri sebab suami duty. Harap2 aku tak sesat masa pergi dan masa balik.

Setahu aku yang pernah aku dengar, sel barah ni sebenarnya ada dalam setiap tubuh kita tak kira lelaki mahupun perempuan. Yang membezakan ialah samada sel tersebut aktif atau tidak. So, boleh dikatakan ianya mungkin juga berpunca dari makanan yang kita makan atau minuman yang kita ambik yang akan mencetuskan kebangkitan sel2 tersebut.

Ni antara tanda2 barah payudara, boleh di baca di sini: http://www.biovco.com/kesihatan/barah_1.html

Di Malaysia,  satu daripada 19 wanitanya mempunyai kebarangkalian untuk menghidap kanser payudara. Malah, ia mempertahankan status pembunuh nombor satu di kalangan kaum Hawa di negara ini sejak lama dulu. 

Fakta yang jarang diketahui, kanser payudara bukan penyakit eksklusif wanita bahkan lelaki juga tidak kebal daripadanya. Walaupun serangannya jauh tidak sekerap jantina lawan namun, kemungkinannya tetap ada. Seperti wanita, lelaki yang mempunyai sejarah keluarga yang pernah menghidap kanser payudara berdepan dengan risiko yang lebih tinggi. Pun begitu, adalah sesuatu yang agak mengejutkan apabila sebahagian besar insiden kanser payudara semasa tiada kaitan dengan faktor genetik.

Perkembangan terbaru ini menyaksikan kira-kira 70 peratus kes kanser payudara terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai saudara kandung baik ibu, kakak atau adik perempuan yang pernah menghidapinya. Dalam erti kata lain, ‘menjadi seorang wanita’ itu sendiri merupakan faktor risiko utama kanser payudara. Setiap seorang sebenarnya terdedah dengan musuh utama mereka ini.
Berita baiknya, jika berjaya dikesan awal, kanser payudara boleh dirawat dengan berkesan. Umum mengetahui kata kunci bagi kanser payudara adalah, pengesanan awal menyelamatkan nyawa. Hasilnya, peluang untuk sembuh atau jangka hayat pesakit untuk hidup dalam tempoh lima tahun akan datang adalah tinggi, mencecah 95 peratus. 

emeriksaan Sendiri Payudara (PSP)

Dilahirkan sebagai seorang perempuan, Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) pada setiap bulan selepas kedatangan haid bukan lagi satu pilihan, tetapi satu kemestian selagi masih bernyawa. Ya, setiap bulan, seumur hidup mereka!

Kanser payudara merupakan salah satu kanser yang paling mudah dikesan dengan melakukan PSP. Profesional perubatan malah turut mengakui bahawa kebanyakan kes kanser payudara mulanya ditemui oleh pesakit itu sendiri melalui PSP rutin di rumah. Risikonya semakin meningkat dengan pertambahan usia. Semua wanita yang memasuki usia 20 tahun perlu memulai PSP dan menjadikannya satu tabiat baru dalam hidup mereka. 

Bilangan kes juga dikatakan terus meningkat dengan begitu mendadak dari tahun ke tahun didorong oleh perubahan gaya hidup termasuklah mengaitkannya dengan diet tinggi lemak seperti pengambilan berlebihan daging merah dan kurangnya aktiviti fizikal. Punca sebenar? Tidak diketahui.

Kenapakah PSP sangat penting?

Buat masa ini, tiada cara untuk menghalang sel-sel kanser malignan daripada merebak dalam tisu payudara anda. Oleh kerana itulah, pengesanan awal menjadi kunci utama. 

Pengesanan sendiri buah dada setiap bulan pada peringkat awalnya bukan bertujuan mencari ketulan tetapi yang lebih utamanya ialah untuk mengenal bentuk, saiz serta teksturnya. Dengan memeriksa payudara anda sebulan sekali, anda akan menjadi lebih sensitif dengan apa yang normal dan tidak normal bagi tubuh anda. 

Bilakah masa terbaik memeriksa payudara anda?

Anda sepatutnya memeriksa payudara anda sekali sebulan, dalam tempoh tiga hari selepas haid berakhir ataupun tujuh hingga 10 hari selepas bermulanya haid anda. Inilah masanya payudara anda paling kurang bengkak dan sakit.

Jika anda telah berhenti datang bulan (menopause) ataupun jika kedatangan haid anda tidak tetap, atau anda telah menjalani pembedahan histerektomi (membuang rahim), periksalah payudara anda seelok-eloknya pada hari yang sama setiap bulan. Pilihlah satu hari tertentu yang mudah diingat, contohnya tanggal pertama setiap bulan. Begitu juga dengan kaum lelaki.

Ingat! PSP hanyalah sebahagian daripada regim penjagaan kesihatan payudara yang baik. Adalah penting bagi anda untuk memahami tiga komponen program imbasan payudara komprehensif yang diperlukan.

1. Pemeriksaan sendiri payudara
2. Pemeriksaan payudara klinikal tahunan oleh doktor apabila mencecah usia 30-an
3. Penyaringan mammogram berkala apabila mencapai umur 40-an (bergantung kepada individu dan sejarah keluarga) 

Kanser payudara dan wanita Melayu

Menurut Daftar Kanser Kebangsaan Malaysia, satu daripada 19 wanita tempatan mempunyai kebarangkalian untuk menghidap kanser payudara sepanjang usia mereka. Ia paling biasa menyerang kaum Cina iaitu seorang dalam setiap 14 wanita diikuti India (1:15) dan Melayu (1:24).

Sekalipun nisbah wanita Melayu untuk mendapat penyakit ini adalah yang paling kecil, sayangnya mereka muncul paling ramai di mana penyakit ini didiagnosis pada peringkat yang sudah lewat. Malangnya, tidak banyak yang boleh dilakukan pada tahap ini.

Antara 40 hingga 60 peratus pesakit yang datang berjumpa doktor telah melewati tahap 3 dan 4. Kajian membuktikan bahawa, semakin lewat kanser itu dikesan maka semakin tipislah peluang untuk sembuh selepas rawatan. Ironinya, sehingga ke hari ini, saat ini, dua daripada tiga wanita Malaysia tidak melakukan PSP, antara langkah penyaringan utama dalam regim penjagaan kesihatan payudara mereka.

Usah takut dan panik sekiranya ada ketulan kerana sembilan daripada 10 benjolan yang dijumpai bukanlah kanser tetapi ketumbuhan tidak merbahaya. Sesetengah wanita memang berkecenderungan mewarisi benjolan pada payudara. Walau bagaimanapun, anda perlu berwaspada terhadap semua benjolan dalam payudara. Segeralah berjumpa doktor kerana banyak yang boleh dilakukan jika ia dikesan lebih awal. 

Tumor atau ketumbuhan yang sangat kecil (kurang dari satu sentimeter) juga mungkin tidak perlu dirawat dengan kemoterapi. Bagaimanapun, jika kanser payudara berukuran kira-kira 1.6 sentimeter, ia mungkin telah berada dalam payudara selama sekurang-kurangnya dua tahun. Pada waktu ini, sel kanser mungkin telah masuk ke dalam saluran darah atau sistem limfatik dan seterusnya merebak ke seluruh badan.

PSP, jadikannya satu tabiat baru dalam hidup anda. Bertukarlah kepada seorang yang proaktif! Meluangkan masa beberapa minit sebulan (anggaran 15 minit) untuk melakukan PSP mungkin boleh menyelamatkan nyawa anda. Semuanya bermula dan berakhir dengan diri anda….

Sumber: Utusan Malaysia Online Info Kesihatan: 
ARKIB : 06/07/2008

Thursday, July 15, 2010

Harga gula diselaras 25 sen, diesel dan petrol 5 sen mulai esok

2010/07/15

PUTRAJAYA: Kabinet hari ini memutuskan harga gula diselaras sebanyak 25 sen sekilogram, harga petrol RON95 dan diesel 5 sen seliter dan gas memasak LPG sebanyak 10 sen sekilogram mulai esok.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyatannya sebentar tadi menyebut, harga petrol RON97 pula akan diapungkan secara terkawal.

"Kabinet membuat keputusan hari ini bahawa harga bahan api dan gula diselaraskan sebagai sebahagian program rasionalisasi subsidi kerajaan," kata kenyataan itu.

Ini bermakna, harga gula di pasaran mulai tengah malam ini akan dijual RM1.75 sekilogram, gas LPG RM1.85 sekilogram, petrol RON95 menjadi RM1.85 seliter dan diesel RM1.75 seliter.

sumber: Berita Harian
Berikut adalah harga baru gas:
  • Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
  • Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
  • Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Orang Ikhlas itu Tertindas?

Baca sampai habis, sesungguhnya Allah itu maha berkuasa.


ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?


Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu.
Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

"Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini," kata seorang kakak berterus-terang.
"Mengapa?" balas saya.
"Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja."
 
Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan
marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, "kakak punya berapa orang anak?" Sengaja saya bertanya soal-soal "di luar kotak" agar ketegangan dalam
sesi sebelumnya dapat diredakan. "Oh ramai encik..."
"Bagaimana dengan anak-anak kakak?"

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya.
Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
"Kakak, boleh saya bertanya?"
"Tanyalah encik..." ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya.
Memang, semua anak-anaknya menjadi.

"Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang "menjadi" dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?"
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, "antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak
pilih?"
 
Dengan cepat kakak itu menjawab, "hati ibu encik... tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!"
 
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
"Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran..." kata saya perlahan. Hampir berbisik.
"Maksud encik?"
"Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi."
"Tidak pernah saya terfikir begitu encik..."

"Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah
what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia.
Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah."
"Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?"
"Maksud kakak?"

"Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah
encik?"
"Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!"

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
"Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah
kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita.
Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita..."

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya
sampaikan dengan begitu teliti.
"Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah.
Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?"

Kakak itu tersenyum dan berkata, "tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya."
"Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?'
"Pasti ada! Insya-Allah."
"Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita... Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi."

"Subhanallah!"
"Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A
yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya.
Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini."
"Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?" tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

"Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!"
"Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat."
"Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi,Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di
dunia lagi."

"Maksud encik?"
"Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang
setia. Dan paling penting... hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan
yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan."
"Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki
bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!"

Giliran saya pula tersenyum.
"Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja... pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back... Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada
kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!" terang saya
panjang lebar.

"Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?"
"Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our "ceo", kata
orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan
berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan..."
"Maksud encik?"

"Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya."
"Kenapa?"
"Kita akan sakit jiwa!"
"Kenapa?"
"Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan
berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur," balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

"Tetapi Allah tidak berhenti memberi... " kata kakak itu perlahan.
"Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi... Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?"
"Ah, kita terlalu ego..."

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa "diperingatkan" semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan... orang ikhlas tertindas?

Your protection without Bodyguard

Surah Faatiha protects one from the anger of Allah
Surah Yaseen protects one from the thirst of the Day of Judgment
Suratul Waaqi’ah protects one from poverty and starvation
Surah Mulk protects one from the punishment of the grave
Surah Kauthar protects one from the enmity of the enemy
Surah Kaafiroon protects one from kufr at the time of death
Surah Ikhlaas protects one from hypocrisy
Surah Falaq protects one from calamities

Surah
Naas protects one from evil thoughts

MOHON BANTUAN RAKAN2

Entri ini saya dapat dari e-mail seorang teman.


Salam..
 
Kepada kawan2 yang nak menderma,sama2lah kita bersedekah dan panjang2kan email ni to kawan2 yang lain...TQVW
 
Saya mulakan dengan Bismillah ARRahman ARRahim
Setelah lama mencari2 tempat yang dapat di jadikan pusat pengumpulan sumbangan yang sesuai.
Aktiviti ini lama di berhentikan kerana ketiadaan tempat untok di jadikan collection centre.
Alhamdulillah akhir nya kita telah memperolehi tempat untok di jadikan pusat pengumpulan barang2 berikut: 

1. Al-Quran
2. Buku kecil Juzzu Amma (surah2 pendek) - perlu dengan banyak
3. Sejadah sembahyang
4. Telekong perempuan - perlu banyak
5. Tudung perempuan - perlu banyak
6. Toys
7. Buku-buku Agama
8. Pakaian yang baru dan baik serta masih molek
 

Barang2 sumbangan boleh lah di hantar ke Masjid subang airport (Airport Lama). Sebelum hantar sila talipon Ustaz Abdul Razak HP: 0192797558
 
Mohon maklumkan yang barang2 ini untok di hantar antara nya ke Sabah , Cambodia dan Acheh atas nama TKO (ramlisdar)
 
Mohon chek dahulu sebelom menghantar sumbangan pakaian kerana  masalaah ada nya penyumbang yang kerap menghantar pakaian yang tak layak di derma, saperti seluar burok, kain2 burok , pakaian yang dah koyak dan lusoh. Kalau nak hantar yang baik dan molek  , kami sedia menerima.
 
Penerimaan sumbangan di terima mulai hari ini sehingga 15hb Oktober 2010
 
 
Peringatan tarikh TUTUP ialah: 15hb Oktober 2010
 
 
Just in case Ustaz Razak tak ada di Masjid boleh contact isteri pada Ustaz
bernama Puan Salwa HP 0196221072 atau 0196149067
 
Sebab ustaz ni sebok sokmo.
Bila Ustaz tak ada nanti sila contact isteri nya pula.
 
HP Ustaz Razak 0192797558
Mohon dapat lah kira nya rakan2 war war kan dan panjang kan pada rakan2 akan permohonan sumbangan ini, sama ada website lain atau email. Sumbangan ini tidak melibatkan wang tunai. Agar lebeh ramai dapat turut serta menyumbang barang2 saperti yang terdapat dalam list di atas

May Allah bless you

Semoga sama-sama kita membantu setakat mana yang terdaya. 
 

Nasib Baik Tak Tertipu

Selepas bayar barangan yang dibeli di kauter Giant, sebaik melangkah untuk keluar, aku dihulurkan kertas produk suatu jenama. Katanya nak beri beg sebagai hadiah. Di samping itu, penjual tersebut menceritakan serba sedikit tentang produk yang dijualnya.  Produk tersebut berjenama Arezzo dan katanya dari Italy. Sebelum diberi hadiah percuma, aku diminta mengisi satu form. Setelah itu, dia pun memberilah hadiah beg kain yang didalam sebuah kotak kecil. Di dalamnya terdapat baucer sekiranya aku ingin membeli barangan yang dijual tapi syaratnya, baucer tersebut aku kena koyakkan hari ini untuk aku ketahui berapa nilai diskaunnya sebab di atas kertas baucer tersebut akan dituliskan tarikh hari ini. Katanya baucer tersebut laku dalam tempoh 3 bulan dari tarikh yang akan ditulisnya.

Sebenarnya, aku pun malas nak dengar segala macam cerita tentang produk tu sebab tak ada tujuan langsung nak membeli apa2 alat elektrik buat masa ni. Tapi dah terpanggil dan terduduk kat kerusi dia dan ter isi form tu so, terpaksa la mendengar gak promosinya.  nak jadi cerita, baucer yang aku koyak tu tertera RM1000 dan gambar induction cooker. Konon2nya, penjual tu terkejut sebab dia tunjuk kat aku baucer2 yang dah dikoyak kebanyakkannya hanya tertera rm100 atau rm200 dan paling banyak rm300. Kalau ada gambar pun, hanya gambar juice maker yang harganya dalam rm9xx.00.

Aku rasa aku dapat agak apa jadi seterusnya. Penjual tu seterusnya kata nak tanya supervisor dia betul ke dapat induction cooker tu free. Dan seterusnya dia akan bagi aku cakap ngan supervisor dia sebab katanya supervisor dia nak cakap dengan aku. Rasanya, tektik ni dah jadi kat aku dua kali dengan produk lain. Yang dulu tu gores dan menang dan yang aku geram, aku mesti nak kena dapat hadiah bila ajer ada benda camni.

Beria-ia dia kata aku beruntung sebab kalau aku ambik microwave dia yang harganya rm3099 dan ada diskaun rm100 menjadikan harganya rm2999 dan aku dapat induction cooker tu free. Dia siap tanya aku ada pakai kredit kad ke? Aku kata tak ada tapi dia siap cakap tadi nampak dalam purse aku yang warna gold tu apa. Aku kata kredit kad aku dah kena block, tak bayar bill still dia kata boleh guna. Kononnya ada promotion untuk kredit kad yang aku guna tu. Aku boleh dapat free cookware ngan juice maker tu. Mak oooiiiii, dengan harga rm2999 aku dapat microwave oven, induction cooker, cookware ngan juice maker yang harganya mencecah rm9000.00.

Microwave dia cam best ajer aku tengok. Boleh goreng keropok tanpa minyak, even kalau bekas plastik yang biasa2 pun boleh letak dalam microwave tu macam bekas plastik yang jual iceblended tu. 



Aku kata It's okey. Aku tak nak. Kalau korang nak, korang ambik lah. Dengan selambanya, aku pun blah dari situ. Balik rumah, aku search kat internet, rupanya dah banyak yang terkena. Ni aku ambik dari komen2 kat blog tersebut:

ADUAN TERHADAP SYARIKAT ITAREZZO SDN BHD

Pada ****, kira-kira jam ***, saya telah berkunjung ke ****. Kemudian kami dihampiri oleh seorang promoter yang memperkenalkan diri sebagai ***dari syarikat Itarezzo Sdn Bhd yang ingin mempromosikan produk berjenama Arezzo dan ingin memberikan produk percuma iaitu Arezzo Sun Shade.

Kami diminta untuk mengisi form sebelum mendapat hadiah percuma tersebut. Seterusnya, En. *** meminta masa kami selama beberapa minit untuk mendengar promosi terhadap 2 barangan. Barangan yang dipromosikan adalah:
1) Arezzo Induction Cooker-dengan harga RM31992) Arezzo Microwave Oven- dengan harga 3099

Di dalam hadiah percuma yang diberi, terdapat 2 kad baucar yang nilainya akan kami ketahui sekiranya kami membuka kad baucar tersebut yang di ‘seal’. Kami juga diberitahu, biasanya baucar yang ditawarkan bernilai RM100, RM200, dan RM300. Kemungkinan juga setiap kad baucar yang ditawarkan ini akan mendapat hadiah percuma lain berupa juicer (bernilai RM800) yang mana akan diperolehi sekiranya kami membeli mana-mana 1 barang Arezzo.

Sebelum kami membuka baucar tersebut, promoter tersebut menurunkan tandatangan beliau di luar sampul baucar tersebut dan membuka baucar yang diseal itu sehingga seal hampir putus dan seterusnya menyerahkan pada kami. Setelah kami membuka baucar tersebut, kami mendapati kami memenangi Arezzo Induction Cooker yang bernilai RM3199 di samping baucar RM100.

Promoter ini dilihat terkejut kerana setahu beliau, tiada hadiah percuma “buy 1 free 1 Arezzo Induction Cooker”, tapi beliau yakin baucar tersebut adalah betul memandangkan beliau yang tandatangan kad baucar tersebut sebelumnya.

Promoter tersebut nampak tidak percaya lalu ditanya kepada rakannya akan kemungkinan baucar itu tersalah cetak. Kemudian rakannya itu,dengan penuh kehairanan membuat satu panggilan kepada seorang perempuan yang didakwa sebagai Cik *** dari ibu pejabat syarikat Itarezzo Sdn Bhd. Saya suami isteri juga tergamam waktu itu kerana kedua-dua promoter kelihatan kaget dan sangat terkejut. Setelah promoter itu bertanyakan kemusykilan beliau kepada Cik *** , Promoter yang membuat panggilan menyerahkan telefon beliau kepada saya untuk bercakap sendiri dengan Cik *** . Cik *** yang bercakap dalam telefon itu bertanya sama ada saya ini adalah saudara-mara pada promoter kerana saudara mara pekerja tidak berhak untuk mendapat hadiah ini. Cik *** ini mengatakan betapa bertuahnya kami suami isteri kerana di dalam Malaysia hanya 35 kad baucar yang sebegini ditawarkan. Tawaran ini diadakan bersempena dengan bulan perayaan Krismas.

Seterusnya, dalam masa yang sama ada seorang lagi promoter yang datang dan ingin melihat kad kredit kami. Mereka beramai-ramai mengatakan betapa bertuahnya kami kerana kad kredit Maybank yang saya gunakan sekiranya kami membuat pembayaran melalui installment akan membolehkan kami mendapat satu lagi hadiah percuma iaitu ionizer. Kami sedar biasanya, kalau purchase dengan kad kredit dan installment , credit centre kad kredit akan bercakap dengan kami dahulu untuk verification, tetapi untuk kes ini, promoter mengatakan approve adalah serta merta.Kami terus didesak untuk jawapan kerana baucar ini hanya laku malam itu sahaja.

Setelah didesak bertalu-talu, akhirnya kami membeli Arezzo Microwave Oven- dengan harga 3099 dan menggunakan baucar RM 100 yang kami dapat bersama hadiah, kami dikenakan harga RM2999. Pembayaran dilakukan dengan cara installment kad kredit Maybank selama 12 bulan. Barangan yang kami perolehi kami disimpan terlebih dahulu di rumah tanpa digunakan atau dicuba.

Keesokan harinya iatu pada ******, setelah melayari internet, kami mendapati promoter ini menipu dan menggunakan modus operandi yang sama kepada ramai orang dan di pelbagai tempat. Hadiah yang dikatakan julung-julung kali dimenangi kami sebenarnya telah lama terkena kepada ramai orang. Justeru itu aduan ini dilakukan atas dasar kami ingin memulangkan barangan yang kami beli dengan taktik jualan yang menganiaya dan kami boleh dapati dengan harga yang lebih berbaloi di tempat lain.


Boleh baca blog kat sini:
http://arezzo-products.blogspot.com/

Another Buzy Day

Agak lama gak tak menulis dalam blog ni. Sememangnya hari2 yang dilalui penuh dengan kesibukan dan hari ini merupakan hari yang terlalu sibuk. Seawal jam 5, bermulalah perjalanan untuk hari ini. Pagi ni lepas hantar anak2 yang sekolah pagi, ke Kelab Golf untuk hantar anak teruna. Ada Persatuan Golf pagi ni dari jam 8.30 hingga jam 10.00 pagi.

Setelah difikir2 samada nak balik ke atau tunggu, akhirnya aku tunggu juga Hanif habis pelajaran golfnya sebab kalau aku balik, tiba di rumah dah jam 8.50. Dalam pukul 9.45, aku kena keluar semula untuk ambik dia dan hantar ke sekolah pula untuk kelas Muzik. Demi menjimatkan minyak kereta yang terpaksa diisi 5 hari bersekolah sebanyak RM50.00, aku pun lepak ajer dalam kereta.

Sebaik selesai hantar Hanif ke sekolah dalam jam 10.20, aku terus balik kerumah. Masak makan tengahari dan bersarapan roti. Jam 12.45 tengahari, aku keluar rumah untuk mengambil anak2 balik sekolah. Tiba rumah dalam jam 1.40. Rehat sebentar hinggalah aku mendapat panggilan telefon yang inginkan rxlite dihantar ke Seksyen 21 Shah Alam. Nak tak nak, aku terpaksa hantar. Rezeki tu, mana boleh ditolak. Aku pun beredar ke Seksyen 13 dahulu untuk ambik stok dan terus menghala ke Seksyen 21. Aku melalui Lebuhraya Persekutuan dan keluar ikut susur Carlsberg. Nasib menyebelahi aku kerana tidak sesat dan senang sampai ke tempat yang dituju.

Selesai urusan jual beli, aku pun menghala balik. Masalahnya, aku tak tau jalan balik. Akibatnya, aku tersalah ambik simpang dan keluar ke lebuhraya menghala ke Klang. Nasib baik ternampak susur keluar ikut Carlsberg, so aku keluar sekali lagi jalan yang sama. Jalan punya jalan punya jalan, sampailah aku ke jalan mati di depannya Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Betul-betul depan mata. Mak aiiii, aku kat mana pulak ni...

Maka, aku pun buatlah U-turn dan berpusing2 lagi dalam town Shah Alam hingga aku nampak sign board tertulis Kuala Lumpur, Ipoh. Aku pun keluar ikut Lebuhraya berkenaan. Alhamdulillah, selamat gak aku sampai rumah dalam jam 5.15 pm.

Dalam pukul 6.20 pm, sekali lagi aku keluar rumah untuk ambik anak teruna aku habis sekolah petang. Singgah beli rojak mamak jap then terus balik rumah. Sampai ajer rumah, duduk kejap dan dalam pukul 8.00, sekali lagi aku keluar untuk menghantar 2 orang anak daraku ke kelas tuisyen. Then, terus ke Giant Shah Alam dengan dua lagi anak2ku. Tujuannya, nak membeli keperluan Hanif untuk perkhemahan kadet bombanya weekend ni. Keluar Giant, dah dekat pukul 9.50 pm. Terus pecut ke Bukit Jelutong untuk ambik anak2ku balik tuisyen.

Fuhhhh, buzy tak hariku ini. Sememangnya, beginilah hari2 yang kulalui. Kekadang memang terasa amat stress tapi kekadang aku rasa puas kerana anak2ku terjamin keselamatannya. Aku sentiasa tahu dimana mereka berada setiap saat. Semoga pengorbananku tidak akan sia2 demi membesarkan anak-anak menjadi insan yang soleh dan solehah, yang berguna kepada bangsa, agama dan Negara.