klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Monday, October 15, 2012

Are you offended with this photo-Carrot Cup cake

Baru-baru ni anak aku ada masukkan gambar dibawah ni kat wall fb dia. Dia ngadu kat aku yang ada classmate dia inbox suruh dia keluarkan gambar tu dari wall fb anak aku tu. Minah salleh ni dah terasa la kot dengan kata2 dalam gambar tersebut. Anak aku balas la kata kat dia, gambar tu ditujukan buat kawan2nya yang di Malaysia, tak ada kena mengena ngan kawan2 sini especially yang bukan Muslim tu. Mmg dia ngadu kat aku, mana taknya, bak citer pasal Islam, amboi bukan main lain dia orang ngutuk tak sedar diri yang dalam kelas dia orang tu pun ada dua lagi hamba Allah yang beragama Islam. Tapi bila sampai bab cam ni yang sememangnya tak ada kena mengena ngan dia orang, tau pulak terasa. Hadooiiii. Mula2 tu aku suruh anak aku ignore ajer pasal gambar tu tapi bila semalaman aku berfikir sebab tak boleh tidur, (biasalah, aku kan memang susah tidur, bukan tak tidur fikirkan benda tu tapi memang mata ni degil, tak reti2 nak tidur). Akhirnya aku ambik keputusan suruh dia buang gak gambar tu dari wall dia. Aku tak nak nanti jadi masalah antara dia ngan kawan2 kelas dia nanti. Dahlah dia orang tu bukan layan sangat anak aku kat kelas tu, nanti disebabkan benda gini, lagi mendapatkan masalah untuk anak aku belajar kat sekolah yang majoritinya bukan beragama Islam..


Ok laa, kita tinggalkan kisah tadi dan kita share resepi untuk hari ni.. Resepi ni dah lama buat tapi baru nak share resepi.


Resepi  carrot cupcake ni aku ambil dari blog Raihana kat sini: http://raihannavanilla.blogspot.fr/2011/07/resepi-carrot-cupcakes-dan-video.html

Carrot Cupcake
Bahan-bahan:
4 biji telur
120 gm gula perang
120 gm gula castor
*250 gm tepung gandum
*1 sd kecil baking soda
*sedikit garam
(satukan bahan2 kering * dalam bekas)
100 gm walnut
1 cawan carrot (parut)
2 sudu besar susu cair /fresh milk
1 1/4 cawan minyak sayur

Cara:
1. Pukul kedua-dua jenis gula dengan telur hingga betul2 kembang.
2. Masukkan minyak. Putar lagi.
3. Masukkan campuran bahan-bahan kering dan gaul dengan menggunakan whisk.
4. Masukkan parutan carrot dan walnut. Kacau rata.
5. Lastly, masukkan susu cair. Kacau sebati.
6. Tuangkan adunan dalam kertas cupcake.
7. Bakar pada suhu 180C selama lebih kurang 15-18 minit (bergantung pada oven masing2)

Cream Cheese Icing
Bahan-bahan:
120 gm butter (suhu bilik)
100 gm gula icing (ikut kemanisan)
250 gm cream cheese

Cara-cara:
1. Putar ketiga-tiga bahan hingga kembang dan ringan.
2. Bolehlah dipaipkan atas cupcake setelah cupcake sejuk.







1 comments:

Marina Monroe @Nanie said...

Salam ziarah,

Auntie tak pandai baking, tapi resepi ni macam senang nak buat, nak cuba bila ada kelapangan. InshaAllah..