klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Wednesday, October 24, 2012

Murtabak - Salam Aidil Adha

Ni merupakan entri terakhir aku untuk hari ni. Mata pun macam dah tak larat nak bukak lagi.
Pagi tadi untuk sarapan, aku buat murtabak untuk kesekian kalinya. Hanya kini baru aku berkesempatan nak kongsi cara-cara aku buat murtabak. Sebenarnya, semalam aku buat inti kentang+daging untuk buat karipap tapi yang jadinya, murtabak.
Selalunya aku buat murtabak guna kulit popiah tapi sekarang ni, aku selalu gunakan roti canai/roti pratha segera yang boleh di beli kat supermarket. Kat Toulouse ni, aku beli di Paris Store.
roti paratha yang aku gunakan.
Intinya sebagaimana yang aku info kat atas tu, aku gunakan inti karipap then aku tambahkan telur. Kocak2 dan tuang atas roti paratha. Gambar2 ada kat bawah ni, check it out.

Letakkan roti paratha atas lapik

stretch/tarik bagi besar dan lebar

Letakkan inti di tengah-tengah

Lipatkan keliling macam bungkus hadiah
Masak dalam frying pan, bubuh sedikit minyak

Voilla.. simple kan cara nak buat murtabak ni. Just guna inti karipap, then tambahkan telur ajer. Kalau yang suka, boleh tambah extra bawang besar yang dihiris.

Oh ya. Sempena nak menyambut Aidil Adha pada hari Jumaat ini, aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya Aidil Adha. Mohon maaf zahir dan batin andai ada terkasar bahasa, terguris rasa, tercalar jiwa. Aku hanya manusia biasa yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan.


0 comments: