terima kasih sudi follow

Sunday, April 18, 2010

Perbualan singkat kenangan terakhir

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com

SANAK-SAUDARA serta sahabat-handai hadir pada pengebumian 
jenazah Abdillah Murad Md. Shari  atau lebih dikenali sebagai 
Achik Spin di Makam Tuan Haji Said, Seremban, semalam.

SEREMBAN 18 April - Isteri Allahyarham Achik Spin, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof, 26, tidak menyangka perbualan singkat dengan suaminya, kira-kira 30 minit sebelum kemalangan meragut nyawanya semalam, adalah kenangan terakhir antara mereka berdua.

Katanya, dalam perbualan itu, arwah menyuruhnya dan anak-anak bersiap-siap untuk dibawa keluar tetapi tidak dinyatakan lokasi dan tujuannya.
"Waktu itu suara arwah seperti biasa dan hanya menyuruh kami bersiap cepat," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Desa Ros, Ampangan dekat sini hari ini.
Jenazah Allahyarham Achik selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said dekat sini pada pukul 1 petang ini selepas selesai bedah siasat di HTJ.

Tambah Rose Zaitul, dia menyedari perubahan arwah suaminya itu sejak dua minggu lalu apabila dibawa berpindah ke rumah ibunya bersebelahan rumah baru mereka di Taman Desa Ros.
"Arwah seperti sudah mengetahui apa yang akan berlaku.
"Seolah-olah arwah 'menghantar' saya kembali ke rumah keluarga, supaya mereka dapat melihat dan menjaga saya dan anak-anak," katanya dalam nada sedih.
Achik Spin atau nama sebenarnya, Abdillah Murad Md. Shari, 27, meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya terbabas di Kilometer 14.7, Lebuh Raya Kajang- Seremban (Lekas) sebelum susur keluar Pajam arah selatan dekat sini, pada pukul 6 petang semalam.

Turut berada dalam kenderaan itu ialah rakan karibnya, Mohd. Salihin Shah Mohd. Salleh, 29, yang patah beberapa anggota badan dan kini masih dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) dekat sini.
Ketika kejadian, Achik tidak tercampak dari kenderaan sebaliknya ditarik keluar oleh orang ramai yang cuba membantu di tempat kejadian.

Menurut Rose Zaitul, sejak akhir- akhir ini arwah selalu membayangkan wajah dan rupa parasnya seperti ibu saudaranya.
"Hampir setiap hari dia akan berkata begitu. Rupanya, arwah meninggalkan kami pada hari ulang tahun kelahiran ibu saudaranya itu iaitu semalam," katanya.
Sebelum ini, pasangan itu menetap di Green Street Homes di Seremban 2. Rumah tersebut merupakan milik keluarga arwah suaminya itu.

"Arwah suami saya menjadi pendiam sejak seminggu ini. Arwah tidak banyak bercakap atau bermesra dengan anak. Selalunya arwah periang," ujarnya.
Allahyarham Achik pernah menghasilkan album duet bertajuk Istimewa Untukmu bersama Siti Nordiana atau lebih dikenali Nana pada 2003 bersama syarikat rakaman Fantasia Music City (FMC).

Sementara itu, ibu Achik, Badariah Awaluddin, 54, memberitahu, kali terakhir dia menemui arwah dua minggu lalu di rumah adiknya di Ampangan dekat sini.
"Semasa kami bertemu arwah, memang dia tidak banyak bercakap, termenung dan kurang mesra.
"Ini memang bukan sifat arwah kerana dia adalah seorang yang periang dan amat mesra dengan sesiapa," katanya.
Kata Badariah, mereka sekeluarga memang terkejut dengan berita kematian Achik tetapi tetap reda serta menerima ketentuan Allah.
 -Utusan Online

Tolong sebarkan entri ini

hai bloggers semua...
aku terima emel dr member aku..dia kata tlg sebarkan emel ni kt blog aku...

begini emelnya...

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan… kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami  erti kesakitan. 
Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu. emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. 
Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.
Solat Hajat
1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi :
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.

Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.
Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.
Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.
Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.

Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.

Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di
kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.

Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya
bertawakal. Amin.


Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Semoga Allah memberi kekuatan kepada Puan Rohaiza dan keluarga dalam menempuhi hari-hari yang mendatang.

P/S : KEPADA RAKAN2 BLOGGER SEMUA, SAMA2 LAH KITA MENDOAKAN KESIHATAN ADIK HANA 
DAN SEMOGA DIA DAPAT HIDUP DENGAN CERIA SEPERTI KANAK SEBAYANYA...AMIN...

Achik Spin maut dalam kemalangan

iaACHIK SPIN MENINGGAL KEMALANGAN


Toyota Estima yang dipandu arwah, hangus terbakar. - FOTO BERNAMA
 
SEREMBAN : Bekas vokalis kumpulan Spin, Achik atau Murad Md Shari, 28, maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya terbabas lalu merempuh tiang papan 

tanda sebelum terbakar di Kilometer 13, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) di Mantin, dekat sini petang semalam.

Kemalangan kira-kira jam 6 petang itu menyebabkan penyanyi yang pernah membintangi beberapa filem dan drama mati di tempat kejadian dan kereta Toyota Estimanya hangus. Mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.

Kejadian berlaku ketika Achik bersama sepupunya, Salihin Md Salleh, 29, yang duduk 

di tempat penumpang depan dalam perjalanan pulang ke Seremban 2 selepas selesai 
menjalani rakaman program Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Angkasapuri, Kuala 
Lumpur. Ketika ditemui di tempat kejadian, Salihin yang masih dalam keadaan terkejut memberitahu dia tertidur sepanjang perjalanan dan tidak tahu bagaimana kemalangan 
berlaku.

"Apabila sedar, saya berada di tepi lebuh raya dan dalam kesakitan," katanya yang patah tangan kiri dan kaki kanan sebelum dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan. Katanya, mereka bertolak dari pejabat perniagaan buku dan produk kesihatan milik Achik di Muar, Johor, kira-kira jam 7 pagi semalam ke Angkasapuri dan bertolak pulang ke rumah 

penyanyi itu di Seremban 2, kira-kira jam 4 petang.

Seorang saksi kejadian berkata, dia tiba di tempat kemalangan ketika kenderaan itu belum terbakar, manakala Achik dan Salihin masih berada di tempat duduk masing-masing, tetapi penyanyi itu dipercayai sudah meninggal dunia. "Saya bersama beberapa orang lain menarik kedua-dua mangsa keluar dari kenderaan ke tempat selamat. Tidak lama kemudian kenderaan itu mula terbakar dan api semakin marak," katanya. Sepasukan anggota bomba tiba di tempat kejadian kira-kira jam 7.10 malam dan berjaya memadamkan kebakaran tidak lama kemudian.

Acik yang berasal dari Felda Sendayan, dekat sini menyerlah dalam bidang seni ketika 

bersama Kumpulan Spin melalui album Roda Roda Rindu. Lagu Paling Comel dinyanyikannya bersama Nana atau Siti Nordiana Mohd Alias mendapat sambutan hangat peminat sehingga melonjakkan nama Achik dalam bidang muzik. Allahyarham juga pernah dinobatkan Pelakon Harapan Lelaki di Festival Filem Malaysia Ke-17 menerusi filem Diari Romeo pada 2004.

Achik yang mengahwini HM Rosezaitul Suriani Wati Maarof, 29, pada 2005 kehilangan 

anak sulung, Puteri Rania pada 29 Mac 2007 ketika berusia dua bulan disebabkan masalah usus dalam perut. Sementara itu, Rosezaitul atau Tasha yang dihubungi Berita Minggu, 
tidak mampu berkata-kata kerana masih terkejut mendengar berita sedih itu, sebaliknya panggilan dijawab seorang gadis yang mendakwa sepupunya, Nurul Fazarin Roseli, 25, memaklumkan mereka dalam perjalanan ke HTJS.  

"Maaf... Tasha tak mahu bercakap dengan sesiapa, dia masih terkejut bila menerima berita kematian Achik. Kami dalam perjalanan ke hospital kerana baru saja 
dimaklumkan bahawa jenazah akan dihantar ke sana," katanya. - BERITA HARIAN

Shephard Pie


Anak 2 cukup suka kalau buat shephard pie kat dia orang. Memang favorite.
Jom kita kongsi2 resepi cara2 nak buat shepard pie ni. Memang mudah ajer. Kekadang kalau bahan tak ade, substitude aje dengan bhn yang ada dalam peti sejuk tu.

 Inti Pie
400-500g minced beef (or chicken)
2 biji bawang besar (dadu)
3 ulas bawang putih (tumbuk)

1 tin mushroom (potong 4)
segenggam daun parsli-hiris
minyak masak
garam, lada putih
tepung jagung/mushroom soup(powder form)
karrot (dadu)

Cara:
1. tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan minced meat. masukkan garam dan lada putih.
2. Bila daging dah tukar colour, maskkan carrot, mushroom dan bawang besar.
3. Tambah air secawan Biar masak dalam 5-10 minit.
4. masukkan daun parsli. Lastly masukkan tepung jagung/soup mix. gaul sampai pekat
5. masukkan dalam pie dish atau loyang.

Mashed potato:
8 biji kentang sederhana besar
2 sudu besar butter
setengah cawan susu segar
garam, lada

Cara:
1. kupas kentang dan rebus hingga empuk. Tapiskan
2. Masukkan butter, lada dan garam. Lenyekkkan.
3. masukkan susu. kalau nak lemak lagi, masukkan lebih susu dan butter.

Letakkan mashed potato atas minced meat tadi. ratakan sampai penuh atas daging. sapu telur.
Kalau suka, boleh tabur cheese kat atas.
Bakar dalam 30-40 minit.
Siap untuk dimakan

Busy as ever

Macam biasa, walaupun hari sabtu still bz manjang. Pagi ni, syafiqah ada program motivasi Score A kat Bangsar. Bas ambil pukul 7.30 di sekolah. Hanif pulak ada kor kurikulum jam 8.30 kat sekolah jugak manakala the eldest one ada kelas tambahan di sekolah lain (hanya syafiqah dan hanif sama sekolah, shuhada bersekolah di sekolah lain) jam 9.00 am. Memandangkan pukul 7 dah kena keluar, so alang2 bawak ajer semua. Tak payah nak patah balik lagi. Kena la gerak si kecik syakirah untuk ikut sekali.

Lepas hantar syafiqah, memandangkan masih awal untuk hanif ke sekolah, so aku bawak anak2 makan kat kedai mamak yang jauhnya lebih kurang 1.5 kg dari sekolah. Lepas ajer makan, niat di hati nak hantar hanif ke sekolah tapi hajat tak kesampaian. Kereta tak boleh start. Alamak, apa dah jadi ni. Suami pulak pagi2 dalam 5.30 tadi dah keluar rumah. Bz gila gak sebab DSA. Setelah kucuba 4-5 kali tak gak boleh, sahih. Memang bateri dah kong. Rupa2nya, aku terlupa nak tutup lampu. Tersadailah aku ngan anak2 dari pukul 8 ke pukul 9.30 sebab bengkel depan kedai makan tu bukak pukul 9.30.

Nasib baik segalanya settle, dan nasib baik kena bayar rm10 ajer untuk dia tolong buat jumper dari bateri yang dia bawak ke bateri keretaku. Alhamdulillah. Tapi anak2 tak dapat ke sekolah lah. Mungkin ada hikmahnya masing2 tak gi sekolah. Aku bagitau Hanif mungkin kalau dia gi sekolah gak untuk belajar silat, tah2 dia terjatuh patah kaki ke. Mana la kita tahu, kan.....

Petangnya ke rumah kawan ada bengkel kecantikan produk Mary Kay. (Gambar nanti diuploadkan, masih dalam hp).

Saturday, April 10, 2010

Jenazah Din Beramboi dikebumi sebelum solat Jumaat
 2/4/2010
KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio terkenal Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri yang meninggal dunia awal pagi ini akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan sebelum solat Jumaat.
Din Beramboi, 43, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang kira-kira jam 12.30 pagi tadi akibat demam denggi berdarah sehingga mengakibatkan hati dan buah pinggangnya gagal berfungsi.

Adik perempuannya, Rozana Mior Badri, 39, berkata hampir kesemuan ahli keluarga terdekat berada disisinya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir.
"Hampir semua ahli keluarga berada di sampingnya, kecuali bapa kami yang tak sempat berada di sisi allahyarham kerana perlu berehat atas sebab sakit jantung.
"Bagaimanapun Alhamdulillah arwah pergi dengan aman, tenang dan dengan raut wajah yang tersenyum," katanya kepada Bernama di Hospital Selayang di sini hari ini.

Din Beramboi meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak yang masing-masing berumur antara 18, 16 dan enam tahun.

Beliau dimasukkan ke ICU Hospital Selayang sejak selasa lalu selepas kritikal akibat mengalami demam denggi berdarah.

Allahyarham adalah anak ketiga daripada empat beradik dan merupakan anak lelaki tunggal.

Din Beramboi terkenal kerana gandingannya bersama Aznil Nawawi dalam slot Riuh Pagi Era di stesen radio Era.

Rozana berkata jenazah akan dibawa ke rumah ibu mertua pelawak itu di Taman Ehsan, Kepong untuk dimandikan sebelum disembahyangkan di Masjid Taman Ehsan dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan.

"Beliau adalah insan pertama yang 'pergi' dahulu dalam keluarga kami dan kami sedih atas pemergian beliau.

"Dia suka melawak dan ramai orang yang menyenangi dan menyayanginya," kata Rozana.

- Bernama-

CHEMICAL HAZARD

JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK) 

UNTUK PENGETAHUAN,
ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Friday, April 2, 2010

Kepadanya jua kita kembali

Akhirnya Din Beramboi kembali juga kepada Penciptanya. Pemergian Din Beramboi membuat hatiku amat sayu. sebenarnya berita kematian amat memilukan hatiku. Sebak rasanya didada dan tanpa disedari, air mata ini mengalir jua.

Sesungguhnya :

Kematian telah ditentukan waktunya, tidak dapat ditunda atau dipercepat
Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS, Al-Munafiqun, 63:11) 



Dalam waktu2 terdekat, aku juga telah kehilangan. Kehilangan ibu mertuaku dan aku tahu suamiku terasa amat kehilangan sekali. Ibu mertuaku telah pergi mengadap Illahi pada 14hb November 2009. Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya. Bagi diriku, kekadang terasa terlalu amat rindu pada ibuku yang telah 10 tahun meninggalkanku. Ibuku pergi pada tanggal 17 November 2000. Sesungguhnya kerinduan terhadapnya membuatkan air mata ini mengalir tanpa disedari.

Namun apa yang pasti, tiap2 yang bernyawa pasti merasai kematian.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh-roh mereka yang telah kembali kepadaNya dan semoga ditempatkan bersama orang2 yang beriman.

Jenazah Din Beramboi dikebumi sebelum solat Jumaat



2/4/2010
KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio terkenal Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri yang meninggal dunia awal pagi ini akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan sebelum solat Jumaat.
Din Beramboi, 43, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang kira-kira jam 12.30 pagi tadi akibat demam denggi berdarah sehingga mengakibatkan hati dan buah pinggangnya gagal berfungsi.

Adik perempuannya, Rozana Mior Badri, 39, berkata hampir kesemuan ahli keluarga terdekat berada disisinya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir.
"Hampir semua ahli keluarga berada di sampingnya, kecuali bapa kami yang tak sempat berada di sisi allahyarham kerana perlu berehat atas sebab sakit jantung.
"Bagaimanapun Alhamdulillah arwah pergi dengan aman, tenang dan dengan raut wajah yang tersenyum," katanya kepada Bernama di Hospital Selayang di sini hari ini.

Din Beramboi meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak yang masing-masing berumur antara 18, 16 dan enam tahun.

Beliau dimasukkan ke ICU Hospital Selayang sejak selasa lalu selepas kritikal akibat mengalami demam denggi berdarah.

Allahyarham adalah anak ketiga daripada empat beradik dan merupakan anak lelaki tunggal.

Din Beramboi terkenal kerana gandingannya bersama Aznil Nawawi dalam slot Riuh Pagi Era di stesen radio Era.

Rozana berkata jenazah akan dibawa ke rumah ibu mertua pelawak itu di Taman Ehsan, Kepong untuk dimandikan sebelum disembahyangkan di Masjid Taman Ehsan dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan.

"Beliau adalah insan pertama yang 'pergi' dahulu dalam keluarga kami dan kami sedih atas pemergian beliau.

"Dia suka melawak dan ramai orang yang menyenangi dan menyayanginya," kata Rozana.

- Bernama-