klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Saturday, April 10, 2010

Jenazah Din Beramboi dikebumi sebelum solat Jumaat
 2/4/2010
KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio terkenal Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri yang meninggal dunia awal pagi ini akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan sebelum solat Jumaat.
Din Beramboi, 43, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang kira-kira jam 12.30 pagi tadi akibat demam denggi berdarah sehingga mengakibatkan hati dan buah pinggangnya gagal berfungsi.

Adik perempuannya, Rozana Mior Badri, 39, berkata hampir kesemuan ahli keluarga terdekat berada disisinya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir.
"Hampir semua ahli keluarga berada di sampingnya, kecuali bapa kami yang tak sempat berada di sisi allahyarham kerana perlu berehat atas sebab sakit jantung.
"Bagaimanapun Alhamdulillah arwah pergi dengan aman, tenang dan dengan raut wajah yang tersenyum," katanya kepada Bernama di Hospital Selayang di sini hari ini.

Din Beramboi meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak yang masing-masing berumur antara 18, 16 dan enam tahun.

Beliau dimasukkan ke ICU Hospital Selayang sejak selasa lalu selepas kritikal akibat mengalami demam denggi berdarah.

Allahyarham adalah anak ketiga daripada empat beradik dan merupakan anak lelaki tunggal.

Din Beramboi terkenal kerana gandingannya bersama Aznil Nawawi dalam slot Riuh Pagi Era di stesen radio Era.

Rozana berkata jenazah akan dibawa ke rumah ibu mertua pelawak itu di Taman Ehsan, Kepong untuk dimandikan sebelum disembahyangkan di Masjid Taman Ehsan dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan.

"Beliau adalah insan pertama yang 'pergi' dahulu dalam keluarga kami dan kami sedih atas pemergian beliau.

"Dia suka melawak dan ramai orang yang menyenangi dan menyayanginya," kata Rozana.

- Bernama-

0 comments: