terima kasih sudi follow

Sunday, April 18, 2010

Perbualan singkat kenangan terakhir

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com

SANAK-SAUDARA serta sahabat-handai hadir pada pengebumian 
jenazah Abdillah Murad Md. Shari  atau lebih dikenali sebagai 
Achik Spin di Makam Tuan Haji Said, Seremban, semalam.

SEREMBAN 18 April - Isteri Allahyarham Achik Spin, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof, 26, tidak menyangka perbualan singkat dengan suaminya, kira-kira 30 minit sebelum kemalangan meragut nyawanya semalam, adalah kenangan terakhir antara mereka berdua.

Katanya, dalam perbualan itu, arwah menyuruhnya dan anak-anak bersiap-siap untuk dibawa keluar tetapi tidak dinyatakan lokasi dan tujuannya.
"Waktu itu suara arwah seperti biasa dan hanya menyuruh kami bersiap cepat," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Desa Ros, Ampangan dekat sini hari ini.
Jenazah Allahyarham Achik selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said dekat sini pada pukul 1 petang ini selepas selesai bedah siasat di HTJ.

Tambah Rose Zaitul, dia menyedari perubahan arwah suaminya itu sejak dua minggu lalu apabila dibawa berpindah ke rumah ibunya bersebelahan rumah baru mereka di Taman Desa Ros.
"Arwah seperti sudah mengetahui apa yang akan berlaku.
"Seolah-olah arwah 'menghantar' saya kembali ke rumah keluarga, supaya mereka dapat melihat dan menjaga saya dan anak-anak," katanya dalam nada sedih.
Achik Spin atau nama sebenarnya, Abdillah Murad Md. Shari, 27, meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya terbabas di Kilometer 14.7, Lebuh Raya Kajang- Seremban (Lekas) sebelum susur keluar Pajam arah selatan dekat sini, pada pukul 6 petang semalam.

Turut berada dalam kenderaan itu ialah rakan karibnya, Mohd. Salihin Shah Mohd. Salleh, 29, yang patah beberapa anggota badan dan kini masih dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) dekat sini.
Ketika kejadian, Achik tidak tercampak dari kenderaan sebaliknya ditarik keluar oleh orang ramai yang cuba membantu di tempat kejadian.

Menurut Rose Zaitul, sejak akhir- akhir ini arwah selalu membayangkan wajah dan rupa parasnya seperti ibu saudaranya.
"Hampir setiap hari dia akan berkata begitu. Rupanya, arwah meninggalkan kami pada hari ulang tahun kelahiran ibu saudaranya itu iaitu semalam," katanya.
Sebelum ini, pasangan itu menetap di Green Street Homes di Seremban 2. Rumah tersebut merupakan milik keluarga arwah suaminya itu.

"Arwah suami saya menjadi pendiam sejak seminggu ini. Arwah tidak banyak bercakap atau bermesra dengan anak. Selalunya arwah periang," ujarnya.
Allahyarham Achik pernah menghasilkan album duet bertajuk Istimewa Untukmu bersama Siti Nordiana atau lebih dikenali Nana pada 2003 bersama syarikat rakaman Fantasia Music City (FMC).

Sementara itu, ibu Achik, Badariah Awaluddin, 54, memberitahu, kali terakhir dia menemui arwah dua minggu lalu di rumah adiknya di Ampangan dekat sini.
"Semasa kami bertemu arwah, memang dia tidak banyak bercakap, termenung dan kurang mesra.
"Ini memang bukan sifat arwah kerana dia adalah seorang yang periang dan amat mesra dengan sesiapa," katanya.
Kata Badariah, mereka sekeluarga memang terkejut dengan berita kematian Achik tetapi tetap reda serta menerima ketentuan Allah.
 -Utusan Online

4 comments:

NOR HASMAH said...

Salam ziarah...Alfatihah utk arwah..xsanggup rasenye bl tgk anak2 yg masih kecil kehilangan seorang ayah..

min said...

Al-Fatihah buat Achik semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan disisi orang2 yang soleh..Amin

mamashasha said...

salam ziarah...al fatihah utk arwah & takziah pd keluarga beliau..

harleena said...

Sedih betul bila dengar ada yang meninggal. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Terbayang seandainya peristiwa sama terjadi pada diri kita sendiri. Minta dijauhkan Allah dari segala bencana.
Terima kasih Min, mamashasha dan Ibuhakimhaikal kerana sudi ziarah blog yang tak seberapa ni. Semoga terus kekal berziarah.