klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Tuesday, October 4, 2011

Roti Naan

Semalam, anak aku masuk fb katanya terasa nak makan roti naan ngan ayam tandoori. Aku, okey ajer walaupun tak pernah buat. Pagi2 ni, aku dan suami ke Marie de Toulouse dulu untuk hantar borang buat De sejour. De sejour ni macam kat pengenalan diri jadi bila gi mana2, tak yah lah bawak pasport Malaysia tu lagi.. Lepas tu, aku dan suami gi library nak tanyakan tentang kelas bahasa French. Sampai rumah pun dah dekat pukul 12. Kelam kabut aku nak nguli tepung untuk buat roti naan, takut tak naik sebab cuaca sekarang tak berapa panas. Ni laa hasilnya. Roti naan makan ngan ayam tandoori dan kuah dhall frozen aku.

roti naan

makan ngan kuah dhall n ayam tandoori

ayam tandoori

Jom kita jenguk resepi roti naan. Resepi ni aku ambik dari blog http://jintanmanis.com/
Tapi aku ada buat pengubahsuaian sikit mengikut apa yang ada kat dapur aku.Resepi asal boleh tenguk kat link atas.

Bahan2:
300gram tepung roti
50gram tepung gandum  - aku gunakan 350 gm tepung gandum
4 sudu besar plain yogurt
3 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar minyak masak
190ml air suam - air jgn bubuh semua, tengok tepung samada lembik atau tak.
2 sudu kecil yis - aku bubuh sepaket yis segera (11 gm)
1 sudu kecil baking powder
Cara2:
- Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan uli hingga lembut dan tak melekat di tangan. Aku uli guna mesin uli kenwood aku dalam 5 minit gitu..
- Bila jadi doh, bulatkan dan letak dalam mangkuk yang disapu ngan minyak sikit. Tutup ngan Cling wrap (plastik). Biarkan naik 2 kali ganda. Time ni, aku letak kat luar rumah, tengah panas. Tak sampai sejam, dah naik 2 kali ganda.
- Tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.
- Bahagikan kepada 7-8 doh. Nak doh sama besar, timbang dulu dan bahagikan. Aku timbang dapat 700 gram jadi aku bahagi satu bahagian kepada 70 gram.
-Rehatkan lagi dalam 30-40 minit.
- Ambik satu doh dan gelekkan lebih kurang 2 cm ketebalan. Tabur tepung sikit supaya tak melekat kat papan pencanai,.
-Panaskan pan, bila dah panas, letakkan roti naan yang dah digelek tadi. Renjis sikit ngan air. Bila nampak kembung sikit di permukaan, bolehlah terbalikkan. Tunggu kedua2 belah masak dalam 5 minit.
- setelah masak, sapu permukaan dengan butter dan simpan dalam bekas bertutup.

Resepi Ayam tandoori akan menyusul nanti..

7 comments:

shida said...

nak sikit...sedappnyeee

harleena said...

alaa, shida boleh ajer beli kat kedai mamak sana tu.. hehehehe

tun_telani said...

wahh.. tun x penah wat sendiri roti naan. kalau kt umah tu, ada yg frozen. hihi

Ilia Ahmad said...

sdp3..nk gak..kak ina msk pe pn sume sdp

shuhada rizal said...

sdap sdap sdap...:D

MOH KEMBARA said...

Salam Yong,

Cam ok jer, cantik roti tu! Pandai Harleena buat. Akak dah bertahun tengok kuarga Turki buat roti, masih tak tau buat roti. Kalau rajin check blog akak yg 2 entry lepas ada step by step buat bun Turki.

shida said...

kt kedai mamak tak sama ngn kak ina buat...huhuhu